TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Thursday, January 07, 2010

Isu kalimah Allah boleh selesai cara baik




Seminggu dua ini, isu paling hangat dibincangkan oleh media ialah penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam. Isu ini jika tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan kegelisahan kaum dan menggugat ketenteraman awam. Justeru, kerajaan, pembangkang, NGO dan pakar-pakar agama perlu berunding bagi mencari kaedah terbaik menyelesaikan isu ini.



Pelbagai pihak memberikan pandangan mereka berhubung isu ini. Di kalangan orang Islam sendiri pun ada yang bertelagah. Ada yang mengatakan boleh dan ada yang berkata tidak. Tetapi bagi saya, soal pokok di sini ialah untuk mengelakkan kekeliruan.

Allah bagi orang Islam tidak sama dengan maksud Allah bagi orang bukan Islam atau Kristian. Allah bagi orang Islam adalah Esa, tidak beranak dan diperanakkan. Tetapi menurut kepercayaan Kristian, Allah bukan satu tetapi mengandungi tiga bahagian iaitu “Allah” sebagai Bapa, “Allah” sebagai Anak dan “Allah” sebagai Roh Suci.

Maka apa kata bagi orang Islam mereka menyebut Allah yang Maha Esa dan Kristian Allah sahaja, baik dalam ucapan atau penulisan. Selesai masalah. Masing-masing sebut Allah tetapi maknanya berbeza mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Tetapi seperti kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, soal agama dan akidah tidak boleh kompromi. Saya setuju. Tetapi kita perlu cari penyelesaian terbaik bagi memelihara keharmonian dan keamanan.


9 comments:

Abeli Rosli said...

salam ziarah.. salam kenal... abeli pun bimbang gak dgan sikap orang kita ni... dalam isu mcm ni timbul macam2 jenis manusia..pada pandangan pribadi abeli terdapat...ada yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh..
ada yang ingin menjadi jaguh..
ada yang ingin glamoor.. x kurang juga yang ingin melagakan antara kita rakyat malaysia.. kita sebagai umat islam sepatutnya bila berlaku isu macam ni kita harus bertenang.. rujuk kepada..pihak berkuasa.. guna saluran yang betul.. biar mereka yang meyelesaikan.. terutama kita orang melayu yang memiliki satu bangsa yang bermaruah...

Suara Perindu said...

Benar sekali kata2 Abeli tu. Apa-apa pun kita kena bertindak dengan bijaksana. Kata orang akhlak cerminan hati.

TokNabe said...

Ari ni dah ada kes bakar gareja. Entah esok2 ada pulak kes masjid atau surau di bakar. Penyelesaian isu ni kena berhemah, biar orang2 bijak pandai yang menguruskannya.

BelalangDewa said...

saluran yang betul dah guna. dah masuk mahkamah. tapi mahkamah sebelahi mereka...

Suara Perindu said...

toknabe, biar polis siasat. Tidak mustahil ada pihak yang ingin menangguk di air keruh untuk melaga-lagakan Islam dengan bukan Islam. Jangan tertipu!

Suara Perindu said...

BD, pada akulah sebutan tu tak berapa penting. Yang paling penting ialah beriman dengan apa yang kita sebut. Betul tak?

BEiB said...

Saluran mahkamah belum habis lagi.
Ini permulaan...kesannya dah nampak.Oleh itu, mahkamah dan orang Islam kena berhati-hati..
Kita boleh agak apa kesan jangka panjang...
Ya...ALLAH..kepadaMU tawakkal.

Suara Perindu said...

Beib, saya dah dengar pandangan banyak pihak. Benar jika kita, benarkan akan ada kekeliruan seperti mana yang berlaku di Indonesia. Gereja pun dipanggil rumah allah. Ini mengelirukan masyarakat Islam. Jadi, kita tidak boleh bertolak ansur dalam hal agama.

Anonymous said...

Untuk penjelasan, sila rujuk juga:

http://www.islam.gov.my/portal/pr_kalimah_Allah.php

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails