TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.
Showing posts with label isu kalimah Allah. Show all posts
Showing posts with label isu kalimah Allah. Show all posts

Thursday, January 07, 2010

Isu kalimah Allah boleh selesai cara baik




Seminggu dua ini, isu paling hangat dibincangkan oleh media ialah penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam. Isu ini jika tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan kegelisahan kaum dan menggugat ketenteraman awam. Justeru, kerajaan, pembangkang, NGO dan pakar-pakar agama perlu berunding bagi mencari kaedah terbaik menyelesaikan isu ini.



Pelbagai pihak memberikan pandangan mereka berhubung isu ini. Di kalangan orang Islam sendiri pun ada yang bertelagah. Ada yang mengatakan boleh dan ada yang berkata tidak. Tetapi bagi saya, soal pokok di sini ialah untuk mengelakkan kekeliruan.

Allah bagi orang Islam tidak sama dengan maksud Allah bagi orang bukan Islam atau Kristian. Allah bagi orang Islam adalah Esa, tidak beranak dan diperanakkan. Tetapi menurut kepercayaan Kristian, Allah bukan satu tetapi mengandungi tiga bahagian iaitu “Allah” sebagai Bapa, “Allah” sebagai Anak dan “Allah” sebagai Roh Suci.

Maka apa kata bagi orang Islam mereka menyebut Allah yang Maha Esa dan Kristian Allah sahaja, baik dalam ucapan atau penulisan. Selesai masalah. Masing-masing sebut Allah tetapi maknanya berbeza mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Tetapi seperti kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, soal agama dan akidah tidak boleh kompromi. Saya setuju. Tetapi kita perlu cari penyelesaian terbaik bagi memelihara keharmonian dan keamanan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails