TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Monday, October 12, 2009

Sejadah Berdiri, Realiti Atau Sensasi?



KEJADIAN sejadah berdiri sudah kerap kita dengar. Terbaru, kejadian di Bukit Mertajam yang melibatkan sepasang suami-isteri yang bertelingkah mengenai arah Qiblat. Sebelum ini kejadian yang hampir serupa berlaku di Pasir Mas, Kelantan, Masjid Kristal, Terengganu dan di Oman. Yang menariknya, cara sejadah itu "berdiri" hampir sama keadaannya iaitu menyerupai orang yang sedang duduk antara dua sujud.

Apakah maknanya disebalik kejadian ini? Entahlah, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Walaupun ada segelintir yang mengatakan ia perbuatan orang yang ingin mencari populariti tetapi tidak mustahil pula ia berlaku untuk memberi pengajaran kepada manusia. Mungkin ia petunjuk kepada kita yang semakin lalai menunaikan solat. Perkara lain kita beri keutamaan tetapi solat kita tinggalkan di belakang. Sedangkan solat tiang agama. Tanpa solat tiada gunanya. Kita boleh menunggu berjam-jam lamanya untuk menonton bola atau konsert tetapi untuk solat kita liat atau tidak sanggup. Perghhh. Pedih. Pedih. Kalau sejadah pun sanggup bersolat kita sebagai manusia yang mengaku sebagai hambaNya kenapa malas dan enggan bersolat. Patut kita rasa malu.

Jadi, sesuatu yang berlaku itu sudah tentu mengandungi hikmah dan iktibar untuk kita. Cumanya, bagaimana cara kita menerimanya dengan cara bijaksana untuk dijadikan panduan kepada kita dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

jangan kita ikut perangai si kepala bertanduk ni!

10 comments:

echah_syed said...

sejak cerita ni tersebar combi jadi penakut nak bangun solat tgh mlm..abis tu tetiba berdiri pulak sejadah kat sebelah combi.sape nak jawap! :(

Suara Perindu said...

Combi, patutnya combi jadi makin berani sebab sejadah temankan anda solat. hehehe.

Masy said...

jgn sampai org yg sibuk2 berkumpul tgh sejadah tu terleka sampai lupe nak sembahyang dah la ;)

ryann said...

yang pertama kali berlaku tu, terkedu gak tapi selepas tuperistiwa banyak sejadah berdiri, rasa cam ada orang buat je. tak tau le bang

Suara Perindu said...

masy...satu ingatan yang baik. Perghhh.

Suara Perindu said...

ryann, mungkin juga perbuatan budak nakal. Lawak tengok kain pelikat berdiri dalam berita TV 1. Perghh. Haru lagu ni.

.::Wanie::. said...

Mula2 benda tu mmg wujud at one place... tp dah de org yg buat mcm bnda tu wujud kat sme tempat...
hurmmm

mongki said...

betul betul, tak kesah la sejadah tu orang buat ke, die betul betul berdiri ke, yang penting sedangkan sejadah pun tau nak solat, ini kan manusia, huhu

Suara Perindu said...

wanie, benar kalau banyak sangat kes sejadah berdiri kebenarannya diragukan. Ada kes sejadah mengambil air sembahyang gara2 perbuatan orang yang nak bergurau. Itupun ada orang percaya!

Suara Perindu said...

anuaruddin, seperti yang saya katakan. Benar atau tidak biarlah kita ambil yang positif...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails