SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; IKUTI TOKOH ISLAM MINGGU INI MENGENAI KISAH BEBERAPA SAHABAT NABI S.A.W YANG MENARIK KISAHNYA UNTUK DITELADANI, DIPAPARKAN DALAM BENTUK DOKUMENTARI RADIO YANG MENARIK. SETIAP SABTU 6.15 PTG DAN ULANGANNYA PADA AHAD 2.15 PTG DI TERENGGANUFM; PENULIS SKRIP DOKUMENTARI AGAMA DIPERLUKAN. HANTAR SEGERA PERMOHONAN KPD PENGARAH RTM TERENGGANU; IKUTI PERKEMBANGAN SUKAN TEMPATAN DAN TANAH AIR DALAM "WISEL" SETIAP SELASA PUKUL 9.15 BERSAMA DJ AZRUL DAN RIZAL, MENGUPAS PERKEMBANGAN BOLASEPAK, HOKI, LUMBA BASIKAL DAN BANYAK LAGI

Friday, October 09, 2009

Kebal atau Kita Yang Bebal

Penganjur kata, tiada amalan diperlukan, dalam tempoh 7 hari boleh menjadi kebal. Perghh. Kuat betul menipu!

SAYA tersenyum membaca laporan Utusan Malaysia semalam yang menyebut sekumpulan rakyat Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) bersiap sedia menyerang Malaysia. Mereka ini dikatakan dibekalkan ilmu kebal. Perrghhh. Saya ketawa terbahak-bahak. Dalam zaman 3G dan dunia tanpa sempadan ini, masih ada lagi manusia yang percaya kepada benda yang karut-marut ini. Kalau kita baca akhbar mengenai operasi polis menembak mati pen jenayah, kita sering terbaca mengenai penemuan polis berhubung tangkal yang dipakai penjenayah kononnya boleh menjadi kebal. Tapi mereka ni tumbang jugak. Kebal apa lagu ni.

Demikian juga penjenayah lain seperti Bentong Kali, Botak Chin, Mat Komando dan yang lain-lain yang dikatakan berilmu kebal. Mati juga. Sebenarnya tiada yang kebal di dunia ini. Yang kebal hanya Allah. Makhluk lain semua hancur musnah. Nabi kita Muhammad pun tidak kebal. Baginda pernah patah gigi dalam peperangan menegakkan Islam. Ini kita manusia biasa mengaku kebal. Perrghhhh. Ada pula yang percaya tu. Haru lagu ni.

Berbalik kepada geng Bendera itu nanti. Kalau betul nak berperang sangat, pergilah bantu rakyat Palestin. Bebaskanlah Baitulmuqadis. Berperanglah dengan Israel. Ini lebih baik. Dan masa inilah boleh uji ilmu kebal kamu tu. Tengok macam mana kena bedil dengan roket dan peluru berpandu tentera zionis. Berperang dengan Malaysia nak buat apa? Sesama Islam. Mati katak aje. Perghhh.

SmileyCentral.com nak pi menuntut "ilmu kebal"

13 comments:

echah_syed said...

tu ler pasal acah jer tuu :p

BelalangDewa said...

yang diorang belajar tu ilmu kebas, bukan ilmu kebal... sebab tu datang malaysia jadi penyamun, nak kebas harta orang malaysia...

Aspalela said...

Salam Abg Putra,

maaf lama tak menyinggah sini.

Huhh!! baik la kumpulan 'Bendera' ni pergi bantu saudara senegara nya yg dilanda musibah kat Padang tu...

sebok nak berperang sesama Islam nak buat hape? Kroni2 US sdg bergelak ketawa bila dgr Islam sama Islam nak berperang...

stupid!

**maaf bro, emosi betul saya dgn puak yg kolot tu..
kebal konon! klu kebal, tahan la gegaran & tanah runtuh yg melanda di Padang tu..ade berani??

TokNabe said...

Betul kata BD tu..... ilmu kebas memang mereka pandai. dah datang sini siap boleh menjagar orang kita yang bebal mengenai ilmu kebas ni.

TokNabe said...

Betul kata BD tu..... ilmu kebas memang mereka pandai. dah datang sini siap boleh menjagar orang kita yang bebal mengenai ilmu kebas ni.

Abang Putra said...

Combi, tengok dalam TV geng Bendera hanya budak-budak. Macam ada agenda lain di sebaliknya!

Abang Putra said...

BD, bab kebas mengebas ni ramai yang pandai.

Abang Putra said...

Aspalela,

**maaf bro, emosi betul saya dgn puak yg kolot tu..
kebal konon! klu kebal, tahan la gegaran & tanah runtuh yg melanda di Padang tu..ade berani??

Komen yang menarik. Betul juga ya...gempa pun tak boleh tahan. Kebal apa!

Abang Putra said...

TokNabe, ada barang anda kena kebas?

Masy said...

kebal tp bebal. bikin org lain sebal sajerk. huh!

Abang Putra said...

Masy, kalau kebal boleh uji dengan kereta kebal. hehehe

anwaruddin said...

hahahaha! ape punye perangai la dorang ni,

Abang Putra said...

anwaruddin, perangai orang yang tiada ilmu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails