KEJADIAN sejadah berdiri sudah kerap kita dengar. Terbaru, kejadian di Bukit Mertajam yang melibatkan sepasang suami-isteri yang bertelingkah mengenai arah Qiblat. Sebelum ini kejadian yang hampir serupa berlaku di Pasir Mas, Kelantan, Masjid Kristal, Terengganu dan di Oman. Yang menariknya, cara sejadah itu "berdiri" hampir sama keadaannya iaitu menyerupai orang yang sedang duduk antara dua sujud.
Apakah maknanya disebalik kejadian ini? Entahlah, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Walaupun ada segelintir yang mengatakan ia perbuatan orang yang ingin mencari populariti tetapi tidak mustahil pula ia berlaku untuk memberi pengajaran kepada manusia. Mungkin ia petunjuk kepada kita yang semakin lalai menunaikan solat. Perkara lain kita beri keutamaan tetapi solat kita tinggalkan di belakang. Sedangkan solat tiang agama. Tanpa solat tiada gunanya. Kita boleh menunggu berjam-jam lamanya untuk menonton bola atau konsert tetapi untuk solat kita liat atau tidak sanggup. Perghhh. Pedih. Pedih. Kalau sejadah pun sanggup bersolat kita sebagai manusia yang mengaku sebagai hambaNya kenapa malas dan enggan bersolat. Patut kita rasa malu.
Jadi, sesuatu yang berlaku itu sudah tentu mengandungi hikmah dan iktibar untuk kita. Cumanya, bagaimana cara kita menerimanya dengan cara bijaksana untuk dijadikan panduan kepada kita dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.