SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; MARI KITA NYATAKAN KECINTAAN KITA KEPADA JUNJUNGAN NABI KITA MUHAMMAD S.A.W DENGAN MEMPERBANYAKKAN SALAWAT KE ATAS BAGINDA.

Friday, October 30, 2009

Piala Malaysia: Kelantan vs Negeri...Siapa Jaguh?

BAHANG Piala Malaysia sudah hampir tiba ke kemuncaknya. Empat pasukan--Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan, kini berebut dua tempat ke perlawanan akhir. Di atas kertas, Kelantan dan Negeri Sembilan dilihat berpeluang mara ke perlawanan akhir berdasarkan kelebihan ke atas lawan di pusingan pertama. Namun, dalam bolasepak semua boleh berlaku. Tidak mustahil akan berlaku kejutan. Jadi, esok akan menjadi penentu pasukan mana akan bertempur di perlawanan akhir.

Saya tidaklah begitu berminat dengan bola tempatan ni kerana permainannya masih ditakuk lama. Lainlah ketika era Mokhtar Dahari dulu. Kita ada kelas tersendiri. Korea dan Jepun menikus dengan kita. Tapi kini, usahkan Korea, Singapura dan Indonesia belum tentu kita menang. Stail permainan kita pun masih bertaraf estet. Perghhh.

Tapi tak apalah, sekadar berseronok kata orang, mari kita ramalkan pasukan mana yang akan ke pertandingan akhir dan siapa juara. Saya ramal Kelantan dan Negeri Sembilan dan juaranya Kelantan.

abg putra - kecewa Terengganu gagal ke akhir. Komang Spana Dok Ghok Chetong...Hehehe...

8 comments:

TokNabe said...

Kalau abg putra tanya saya. pasti sy jawab kelatelah.. hehe mcm estet, percaya...percaya.

Abang Putra said...

TokNabe, saya ramal Kelantan akan menang. Bukan Negeri tak kuat tapi Kelantan ada sedikit kelebihan dengan penggempur seperti Nor Farhan, Khalid Jamlus dan Indra Putra. Kelantan mungkin menang dengan kelebihan satu gol.

TokNabe said...

Tunggu siaran langsung ajelah sy abg putra...

fndrocka said...

majulah sukan..jgn rosak moral kerana sukan sudah.malam ni sokong n9!yey!

Abang Putra said...

fndrocka, syabas! memang negeri layak menang. Gaya permainan pantas, skill yang menarik, pertahanan yang kental.

echah_syed said...

klate menang glamor sbb bikin havoc kat stadium..! :p

combi bet dgn huby n9 menang 2-1.

dapat mkn pree ler nmpknyer..yezza :D

Abang Putra said...

Combi, ramalan abang putra jauh meleset. malu. malu. hehehehe

echah_syed said...

tu laa lenkali don judge d book by its cover omputih kata :p

dapat mkn mcd pasai anak2 nak pi situ jek :)

mkn pree..mcd pun bole lah! :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails