Saya kadangkala berasa pelik dengan sikap segelintir umat Islam kita pada zaman ini. Mereka begitu mudah terpengaruh dengan dakwaan orang-orang tertentu yang menyamar sebagai 'orang alim' yang mendakwa memiliki kelebihan tertentu.
Tidak lama dulu kita heboh dengan kisah pemimpin ajaran dari langit Ayah Pin dan ajaran sesat Cikgu Kahar. Walaupun ajaran mereka tidak masuk akal tetapi ramai cerdik pandai yang terpedaya.
Tidak lama dulu kita heboh dengan kisah pemimpin ajaran dari langit Ayah Pin dan ajaran sesat Cikgu Kahar. Walaupun ajaran mereka tidak masuk akal tetapi ramai cerdik pandai yang terpedaya.
Kini muncul pula seorang pemimpin yang melelong agama untuk kepentingan diri. Dia dikatakan seorang ‘warga seberang’ yang menggelarkan dirinya al- Banjari dan mendakwa, sesiapa yang berjabat tangan dengannya, seakan berjabat tangan dengan Rasulullah. Oleh itu, sesiapa berjabat tangan dengannya juga akan masuk syurga. Pulak dah. Begitu mudah sekali untuk masuk syurga. Jadi, kalau dah bersalam dengan al-Banjari maknanya sahlah masuk syurga walaupun tak bersolat, puasa dan melakukan dosa-dosa lain. Begitu?
Yang peliknya, ramai orang-orang kita berebut-rebut bersalaman dengan al-Banjari ni dan kebanyakannya kaki masjid dan surau yang dianggap alim dan tahu hal-hal agama. Pendedahan mengenai perkara ini dibuat oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam ruangan Bicara Agama Mingguan Malaysia, bertarikh 25 Ogos 2007.
Orang kita juga mudah percaya dengan barakah benda-benda tertentu. Kesempatan ini digunakan oleh warga asing untuk menipu orang kita dengan mendakwa kayu kokka mempunyai keistimewaan tertentu jika disimpan. Mereka mendakwa kononnya tongkat Nabi Musa dibuat daripadanya. Demikian juga bahtera Nabi Nuh. Maka dibohongilah orang ramai kononnya kayu itu jika disimpan membawa rezeki, atau menolak bala dan berbagai-bagai kesaktian yang lain. Maka harga kayu tersebut yang nilainya tidaklah seberapa, bertukar menjadi ratusan bahkan ribuan ringgit di negara kita.
Kita akan menyambut kemerdekaan negara yang ke 50. Sayangnya, cara berfikir kita masih belum merdeka!

4 comments:
Salam, pada pendapat saya..sebab tu kita dianjur agar berguru pada yang arif, jangan belajar sekarat2 dan selalu bertanya..kalau malu bertanya..tu yang jadi sesat..try nak ingat diri sendiri...wallahualam
Abg Putra.
Anda bukan senggol sikit tapi senggol banyak. srd arsaili kata, mereka yang ikut ajaran sesat tu belajar sekerat2. saya setuju dgn arsaili tapi nak tambah sikit. seperti abg putra kata kebanyakan mereka kaki mesjid. maknanya mereka belajar sikita tapi nak masuk syurga dgan mudah. sebab tu terpengaruh dengan ajaran sesat. sama dengan sikap org kita yang nak kaya mudah. masuk skim cepat kaya. akhirnya terpedaya.
Thank you very much your visit.
Beautiful your blog.
Big kiss
pendapat saya
orang kita malas nak kaji samada sesuatu itu sahih atau tidak.
tak kiralah dari segi apa pun.
Post a Comment