TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Saturday, August 18, 2007

Akhbar Seluruh Dunia

BERAPA naskah akhbar anda baca sehari? Paling banyak mungkin tiga naskah, dua akhbar Melayu dan satu Inggeris. Atau pun satu naskah sahaja. Atau mungkin tak baca langsung atas sebab-sebab diri sendiri sahaja boleh jawab. Atau pun ada yang baca melalui internet.

Sebab apa baca akhbar? Masing-masing boleh jawablah. Tengok berita semasa, politik tanahair, hiburan, sukan dan sebagainya. Tapi ada juga golongan yang tengok akhbar khusus untuk satu perkara saja. Perkara lain malas nak tengok. Tengok apa? Nombor ekorlah...perghhhh.

Baiklah, jika anda mahu membaca semua akhbar yang ada di planet dunia ni,
klik akhbar seluruh dunia. Bacalah sampai muntah!

8 comments:

PUTRAGABAN said...

Abg Putra. Berita yang paling tepat dan padat adalah berita nombor ekor dan keputusan toto. mana-mana surat khabar u baca, semua sama dan tidak banyak cerita. cuma keputusan. saya suka baca tapi tak pernah beli.

arsaili said...

masa kecik2 tgk newspaper sebab nak tgk programme tv...ehehehe

Saiee Driss said...

Bagus sekali entri ini. Dengan ini kita ada kunci ke sekelian khazanah ilmu di seluruh dunia. Tahniah kerana anda sanggup berkongsi maklumat penting ini. Sebagai ganti cuba klik http://www.aldaily.com.

rastom said...

Bukan setakat akhbar sahaja, saya sudah lama membaca Der Spiegel (Jerman) secara online di spiegel.de (untuk kemahiran bahasa Jerman). Bayangkan dulu, perlu banyak belanja untuk membaca akhbar atau majalah antarabang. Itu pun bila sampai ke tangan kita sudah jadi basi.

Hasbullah Pit said...

Macam pernah nampak je benda ni kat blog orang lain,
siapa ek,
mohd ismail atau abdfatah atau ...

lupa.

Suara Perindu said...

Sebol,

Ini entri ori, plagiat tak mainlah beb. duniabudin tu "curi" aku punya dengan izin.

PUTRAGABAN said...

best la...
curi dengan izin. boleh curi lagi nih....macam tu la kawan. tapi kalau kawan dengan orang politik mesti dah kena saman nih... kesiannn. orang politik sama dengan orang bisnes. kira nak cari untung je....

Saiee Driss said...

Kalaulah semua berita setepat berita keputusan nombor ekor dan sebanyak itu juga pembaca tetapnya, dan seteliti itu juga semua mereka menelaah dan cuba memahami serta melihat kesannya kepada nasib dan masa depan mereka, pasti dunia lebih aman, kerana semua mendapat maklumat yang tepat, padat dan mutakhir, tanpa putar belit,sengaja diselindung dan bertenden...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails