TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Monday, July 09, 2007

Kecoh Angkara "Keting Dan Motor"

Makna sesuatu perkataan berbeza mengikut loghat, dialek atau negeri. Makna yang kita faham tidak selalunya sama di tempat-tempat lain. Misalnya perkataan "lawa" membawa maksud cantik atau bergaya. Tetapi di Sarawak "lawa" maksudnya sombong. Demikian juga beberapa perkataan lain seperti "motor" dan "keting" membawa maksud berbeza dengan apa yang kita faham. Di sesetengah kawasan di Sabah, jangan sebut "tumpang lalu" kepada seorang wanita jika tidak mahu dimaki hamun.

Ada seorang pegawai dari Semenanjung baru sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk melapor diri bertugas di Sarawak. Pemandunya sudah siap menunggu. "Tunggu tuan, saya pergi ambil motor," katanya selamba. Pegawai tadi terkebil-kebil sambil berfikir di dalam hati, "pemandu aku ni betul ke"? Takkan aku bertaraf Pengarah dijemput naik motor. Lagipun mana aku nak letak barang-barang yang banyak ni. "Gila, driver aku ni" katanya dalam hati. Rupanya motor di Sarawak bermaksud kereta sementara motor yang selalu kita gunakan di semenanjung dipanggil motosikal.

Ada satu lagi kisah lucu. Seorang guru dari Semenanjung ingin membantu seorang anak muridnya yang terjatuh. Ketingnya terluka. "Mari saya tengok keting awak," teruk ke lukanya, kata guru itu. Murid perempuan tu marah kerana cikgu nak melihat "ketingnya" lalu dia melaporkan perkara itu kepada ayahnya. Ayahnya yang marah datang ke sekolah untuk bersemuka dengan guru terbabit.

"Betul ke Cikgu nak melihat keting anak saya," tanya ayah murid perempuan tersebut. "Benar, " kata Cikgu itu jujur. Memang kecoh seketika kerana "keting" di Sarawak bermaksud alat sulit perempuan!



10 comments:

Anonymous said...

Salam, din.

Jarak lama benor mu tak menulis, din, sekali tulis, teringat aku akan sarawak.

Aku harap mu tulis benda-benda macam ni. Ada best lah

Suara Perindu said...

Leh,

Aku pun kadangkala buntu juga nak cari bahan Leh. Terima kasih atas sokongan

Anonymous said...

Din,

Dengar cerita Bintulu nak pakai orang. Kalau depa upgrade pangkat aku, esok pun aku sanggup ke Bintulu....dah lama tak naik pangkat..mungkin setahun dua aku opsyen saja..hang baca blog aku, hang tau lah nada kecewa bunyi macam mana..hehehe

Suara Perindu said...

Tom,
Memang Bintulu nak operasi tak lama lagi, mungkin akhir tahun ni. Masalahnya ialah hanya Bilik Berita diwujudkan. Bukan kompleks macam di Sri Aman ni. Aku puji semangat hang nak datang sini. Apa kata hang mai je sini, Kuching atau mana2 tempat yang sesuai?

Anonymous said...

woit,

jauh tom nak beralih angin tu..
nanti dah nyaman dok situk, sik mauk balik sini, nanti boleh kelakar sarawak kat aku

Saidee

Suara Perindu said...

Saide,

Kasi can kat Tom mai sitok. Boleh kami jadi partner jual tikar Sarawak.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nordin,

Amat menghiburkan. Perbanyakkanlah tulisan sebegini.

Suara Perindu said...

Sdr Ibrahim,

Terima kasih tuan. Ingat motto kita: journalist forever.

Suara Perindu said...
This comment has been removed by the author.
jitraman said...

Din,

Alhamdulillah kalau Tom dapat naik belon pergi Sarawak. Mesti ramai peminat di sana nanti. Jealous plak aku.

Saidee

jitraman.wordpress.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails