Setiap makhluk yang hidup pasti merasai mati. Sama ada kita bersedia atau tidak, tua atau muda, sakit atau sihat, mati pasti menemui kita. Maknanya, jangan sangka jika kita sihat dan tiada penyakit, kita tidak akan mati atau lambat lagi mati.
"Setiap jiwa pasti akan menempuh kematian." (Ali Imran: 185)
Mati boleh berlaku dalam keadaan apa cara sekalipun. Kenapa saya berkata begini. Sebabnya "orang kita" termasuk saya kadangkala lupa tentang hakikat kematian. Sebab itu media kita sering menggunakan istilah "mati mengejut". Pelik betul istilah ini. Saya kata guna mati cukuplah. Kenapa mesti ada mengejut. Kata mereka kerana "tak ada tanda-tanda sakit, aleh-aleh meninggal,". Jadi hujah saya mati mesti ada tanda-tanda dulu ke?
Sebagai orang Islam marilah kita sama-sama berdoa agar kita meninggal dalam keadaan Husnul Khatimah iaitu kesudahan hidup yang baik dan bukan sebaliknya, Su'ul Khatimah. Dalam masa yang sama, kita juga perlu memperbanyakkan amal kebajikan dan meninggalkan apa yang ditegah agama. Mudah-mudahan doa kita diperkenankan Allah.
Alangkah beruntungnya mereka yang meninggal dalam keadaan Husnul Khatimah seperti seorang lelaki yang meninggal dunia dalam keadaan sujud di Masjid Nabawi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya Junaidi Zakariya kerana mengirimkan gambar itu.
5 comments:
abg putra..
kat pejabat kawan ada hantar email gambar ni juga. masyaAllah~!!!
lalu hati ni bertanya, apakah amalan seorang itu sehingga menghadapi sekaratul maut dgn mudah, sedangkan kematian tu amat pedih sekali....
kuncup,
Abg bukan orang alim. Tapi berdasarkan pembacaan beberapa buku menyebut: buatlah kebaikan walaupun kecil demikian juga sebaliknya (jangan buat dosa walaupun kecil). Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang diberi rahmatNya.
nampak mcm rocker, tp bila cakap bab agama boleh tahan gak bos RTM sri aman ni..hahaha
Sdr Nordin,
Hati mahu baik beb.
Kalau hati baik semua baik.
Daging seketul tulah yang kita perlu jaga. Kalau daging seketul itu baik kita tidak akan melakukan perkara yang tidak baik.
Sdr Ibrahim,
Memang benar. Selalu kita dengar hati mahu baik beb. Tapi nak jaga hati supaya cenderung kepada kebaikan ada macam-macam cara. Satu daripadanya ialah jaga makan, jangan makan benda-benda subahah.
Post a Comment