TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.
Showing posts with label bahasa. Show all posts
Showing posts with label bahasa. Show all posts

Monday, July 09, 2007

Kecoh Angkara "Keting Dan Motor"

Makna sesuatu perkataan berbeza mengikut loghat, dialek atau negeri. Makna yang kita faham tidak selalunya sama di tempat-tempat lain. Misalnya perkataan "lawa" membawa maksud cantik atau bergaya. Tetapi di Sarawak "lawa" maksudnya sombong. Demikian juga beberapa perkataan lain seperti "motor" dan "keting" membawa maksud berbeza dengan apa yang kita faham. Di sesetengah kawasan di Sabah, jangan sebut "tumpang lalu" kepada seorang wanita jika tidak mahu dimaki hamun.

Ada seorang pegawai dari Semenanjung baru sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk melapor diri bertugas di Sarawak. Pemandunya sudah siap menunggu. "Tunggu tuan, saya pergi ambil motor," katanya selamba. Pegawai tadi terkebil-kebil sambil berfikir di dalam hati, "pemandu aku ni betul ke"? Takkan aku bertaraf Pengarah dijemput naik motor. Lagipun mana aku nak letak barang-barang yang banyak ni. "Gila, driver aku ni" katanya dalam hati. Rupanya motor di Sarawak bermaksud kereta sementara motor yang selalu kita gunakan di semenanjung dipanggil motosikal.

Ada satu lagi kisah lucu. Seorang guru dari Semenanjung ingin membantu seorang anak muridnya yang terjatuh. Ketingnya terluka. "Mari saya tengok keting awak," teruk ke lukanya, kata guru itu. Murid perempuan tu marah kerana cikgu nak melihat "ketingnya" lalu dia melaporkan perkara itu kepada ayahnya. Ayahnya yang marah datang ke sekolah untuk bersemuka dengan guru terbabit.

"Betul ke Cikgu nak melihat keting anak saya," tanya ayah murid perempuan tersebut. "Benar, " kata Cikgu itu jujur. Memang kecoh seketika kerana "keting" di Sarawak bermaksud alat sulit perempuan!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails