SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; IKUTI TOKOH ISLAM MINGGU INI MENGENAI KISAH BEBERAPA SAHABAT NABI S.A.W YANG MENARIK KISAHNYA UNTUK DITELADANI, DIPAPARKAN DALAM BENTUK DOKUMENTARI RADIO YANG MENARIK. SETIAP SABTU 6.15 PTG DAN ULANGANNYA PADA AHAD 2.15 PTG DI TERENGGANUFM; PENULIS SKRIP DOKUMENTARI AGAMA DIPERLUKAN. HANTAR SEGERA PERMOHONAN KPD PENGARAH RTM TERENGGANU; IKUTI PERKEMBANGAN SUKAN TEMPATAN DAN TANAH AIR DALAM "WISEL" SETIAP SELASA PUKUL 9.15 BERSAMA DJ AZRUL DAN RIZAL, MENGUPAS PERKEMBANGAN BOLASEPAK, HOKI, LUMBA BASIKAL DAN BANYAK LAGI

Friday, June 29, 2007

Jangan Jadi Editor Copy Paste

Kali ini saya hendak bercakap sikit soal bahasa media elektronik di negara kita. Saya kadang-kadang "naik letih" apabila mendengar bahasa yang digunakan terutamanya berita sukan.

Dua tiga hari lepas saya tengok berita sukan. Satu ayat berbunyi, "gol itu hadir pada minit ke...bla,bla,bla." Dalam hati saya, bola pun hadir jugak. Setahu saya, hadir hanya ke pejabat, hadir ke sekolah atau hadir mesyuarat. Haru editor lagu ni, kata saya. Bukankah lebih mudah kalau ditulis, "gol itu dijaringkan..."


Saya rasa masalah kebanyakan editor sekarang ialah mereka gagal membezakan penulisan untuk media siaran atau media cetak. Sebab itulah sering kita dengar perkataan ini, "pasukan Perlis dijinakkan..." "atau menambah episod duka" dan sebagainya. Mereka lupa siapa khalayak media siaran dan siapa pula khalayak media cetak. Dan oleh kerana mereka menerima bahan berita dalam bentuk wire copy (bernama) maka ada segelintir editor yang bersikap ambil mudah. Copy dan paste. Potong atas, potong bawah. Siap.

Editor zaman dulu lain. Mereka mengolah kembali berita dari wire copy yang menggunakan bahasa penulisan untuk disesuaikan dengan berita radio atau TV (menggunakan bahasa percakapan). Dan saya antara orang yang bertuah kerana sempat menimba ilmu daripada mereka.

Cerita lanjut baca ini

6 comments:

Salleh Fauzi Hj. Hassan Mutaat said...

Sabar, din.

Ada benda zaman kita muda dulu, orang tua kita tak setuju, namun ada benda juga zaman ini, kita dah macam orang tua zaman dulu tak setuju dengan orang muda. Iaitu semacam tulisan aku ni juga.

Nordin Sulaiman said...

Leh,
Ini bukan soal dulu dan sekarang. Tapi soal penggunaan bahasa. Yang tak betul tak kan kita nak sokong. Ingat kata P Ramlee, bahasa menunjukkan bangsa.

Saidi said...

Bukan takat penulisan sajer aku nak komen din, nampaknya media letronik kurang mementingkan kelunakan suara penyampai2nya. Bahasa memanglah penting, tapi aku rasa kelunakan suara penyampai dapat memikat penonton dan pendengar untuk terus mendengar dan menonton hingga keakhir rancangan. Suara hang pun lunak din kat radio.
Salleh fauzi pernah kerja kat bahagian agama radio duluke masa dia mula2 masuk kerja.

zain said...

Din, aku cadangkan supaya para editor di media elektronik kita ditarbiyah semula dari segi penggunaan bahasa Melayu (bukan bahasa Malaysia)yang betul mengikut media yang digunakan. Penyampai pun kena tahu tatacara penyampaian yang baik dan berkesan menggunakan bahasa yang ringkas tetapi mudah difahami. Mereka diajar di kolej/universiti tapi telinga mereka macam paip minyak di Kerteh; masuk kiri, keluar kanan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nordin,

blog anda dalam senarai link duniatiger.

amacam semua baik ke?

tolong bagitahu address blog saiee?

Nordin Sulaiman said...

Tiger,

Terima kasih atas kunjungan tuan. Saya pun dah link blog tuan ke blog saya. Saya di sini ok. Cuma tak ada lagi peluang untuk menyumbang suara. Kadang-kadang gian jugak. Hehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails