TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Saturday, February 18, 2017

KERANA JUJUR PERKARA DISANGKA BURUK JADI BAIK


   JUJUR mudah disebut tetapi payah untuk dilaksanakan. Tanya diri kita agak-agaknya boleh tak kita berlaku jujur pada diri sendiri?  Katakanlah, kita terjumpa sebuah beg yang mengandungi wang ratusan ribu ringgit adakah kita berusaha untuk mencari pemiliknya atau mendiamkan sahaja. Demikian juga dalam pekerjaan, adakah kita benar-benar jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas berdasarkan gaji yang kita terima setiap bulan.  Jawapannya ada dalam diri kita sendiri. Saban hari kita terbaca dalam surat khabar dan media baharu ada saja penjawat awam--kebanyakannya berpangkat besar--melakukan pecah amanah atau rasuah. Ini semua berpunca sikap tidak jujur.  Sebab itulah Islam meletakkan kejujuran sebagai nilai yang amat dituntut dalam aspek kehidupan. Mereka yang jujur diberi ganjaran baik di dunia mahupun akhirat nanti.

                                                                                       Pemilik kereta
   
 KISAH ini adalah satu contoh yang baik seseorang yang jujur. Ia berlaku di Zhengzhou, China. Seorang pelajar miskin 17 tahun dari wilayah Hunan berlaku jujur apabila dia terlanggar sebuah kereta mewah ketika dalam perjalanan menghantar makanan. Chen Yifan meninggalkan sekeping nota bersama wang RM200 sebagai ganti rugi sambil meminta maaf atas sedikit kerosakan yang berlaku. . Dia tahu ganti rugi tidak cukup tapi apakah daya hanya jumlah itu yang dia ada.

   Pemilik kereta Xue Zhanmin mulanya naik berang bila sedar keretanya ada kesan calar. Mulanya dia mahu membuat laporan polis tetapi membatalkan niat apabila membaca nota yang ditulis Chen yang begitu menyentuh hatinya. Dia tahu Chen seorang pelajar miskin kerana duit ganti rugi itu semuanya dalam bentuk syiling.

                                                                                          Chen

   Kerana kejujuran Chen, Zhanmin menawarkan wang RM6 ribu untuk digunakan pelajar itu meneruskan pengajiannya. 

   Demikian kisah yang boleh kita ambil pengajaran. Amalkanlah sikap jujur dalam kehidupan kita setiap masa moga hidup kita sentiasa diberkati di dunia dan akhirat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails