TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Friday, February 17, 2017

SEMANGAT BERKOBAR, KUDRAT MAKIN LAYU





Semangat untuk aktif kembali menulis di blog kembali lagi.  Semangat ini didorong kerana perubahan wajah baharu portal RTM Terengganu yang nampak segar dan sentiasa kemaskini. Atas perubahan inilah, semangat untuk kembali menulis terus membuak-buak.  Zaman berblog sudah lama saya tinggalkan sejak 2010 lagi.  Ketika itu semasa menjadi Pengurus RTM Sri Aman saya aktif berblog untuk mengisi masa lapang dan menambah pengetahuan dalam teknologi maklumat.  Ada dua tiga orang penulis blog yang menjadi teman rapat di alam maya. Antaranya bekas Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Ibrahim Yahya yang terkenal dengan blog Dunia Tiger, Kujie dengan tagline Hidup Biar Sedap dan beberapa lagi yang lain. Teknologi cepat berubah. Blog kini tidak lagi digemari kerana media baharu tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Face book dan instagram kini menjadi kegilaan anak-anak muda untuk berhubung antara satu sama lain. Namun begitu bagi saya blog atau portal mempunyai keistimewaan tersendiri.  



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails