TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Sunday, February 19, 2017

"RAJA KHEPOK" POPULARKAN GANDINGAN RIDZ DAN SIDI

Segmen "Raja Khepok" yang disiarkan setiap Ahad hingga Selasa dalam Slot Selamat Pagi Terengganu, kini makin mendapat sambutan dalam kalangan pendengar di Terengganufm. Segmen  gandingan DJ Ridz dan Sidi itu mengkehendaki pendengar membina ayat-ayat tertentu berasaskan khepok (kerepok makanan tradisional Terengganu).  Pemenang yang berjaya menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan, akan diistiharkan sebagai "Raja Khepok" dan mendapat hadiah sumbangan beberapa penaja. Slot ini bermula pukul 7.40 pagi.  Menurut DJ Ridz atau nama sebenarnya Mohd Ridwan Dollah, idea mengadakan segmen berkenaan timbul selepas pihak pengurusan radio berkenaan mahukan beliau membuat perubahan bagi memantapkan lagi slot pagi itu.


                                                               
 Ridz dan Sidi, punyai aura tersendiri

 Beberapa pendengar yang ditemui Suara Perindu melahirkan pandangan mengenai segmen berkenaan.  Peminat setia, Ahmad Fauzi, 35 dari Pasir Panjang berkata, program itu menarik kerana memberi peluang kepada pendengar menguji minda mereka selain dapat memenangi hadiah jika berjaya menjawab soalan yang dikemukakan.  "Cuma jangan berikan soalan terlalu mudah kepada seorang pendengar sahaja. Kalau boleh beri peluang kepada dua tiga orang pendengar." kata Fauzi yang memuji beberapa perubahan yang dibuat oleh Tfm setakat ini.

DJ Sidi

      Ani Musa, 27 dari Ladang pula berpendapat, Tfm perlu menyajikan rancangan yang segar dan lagu-lagu yang terkini. "DJnya pula jangan terlalu suka berceloteh atau membebel tanpa fakta," kata Ani yang turut meminati program "Keda Kopi" terbitan Rohani Hussin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails