TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Friday, June 13, 2014

Demam Rio melanda Malaysia

1. Kejohanan Bolasepak Piala Dunia FIFA 2014 datang lagi. Kejohanan empat tahun sekali itu kini diadakan di Brazil, satu-satunya pasukan yang tidak pernah terlepas layak ke Piala Dunia. Brazil sebagai tuan rumah memburu matlamat menjadi juara kali ke 6 manakala penyandang juara, Sepanyol berusaha mengekalkan kejuaraan yang dimenangi mereka, 4 tahun lalu.

 2. Sukan bolasepak adalah sesuatu yang unik. Bola menyatukan perpaduan rakyat tanpa mengira pegangan fahaman politik dan warna kulit. Demi pasukan yang disokong mereka boleh melupakan seketika perbezaan pandangan antara mereka.

 3. Malam tadi, saya berpeluang menonton perlawanan antara Brazil dan Croatia. Brazil yang terkenal dengan permainan sambanya bermula baik apabila menundukkan lawannya 3-1. Bintang Brazil, Neymar menyumbat dua gol sementara satu gol lagi dijaringkan oleh Oscar. Croatia mendapat gol sagu hati yang dijaringkan oleh pemain pertahanan Brazil yang tertendang bola ke gawang sendiri dalam usaha mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

 4. Bolasepak mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia. Atas kesedaran inilah maka RTM membawakan 24 siaran langsung dan 11 tertunda untuk tatapan peminat bolasepak tanahair. Bukan semua rakyat Malaysia mampu mendapatkan siaran daripada siaran TV berbayar. Masih ramai lagi orang orang kampung misalnya mengharapkan siaran daripada RTM. Sudah tentu usaha RTM ini memberi peluang kepada semua masyarakat Malaysia untuk turut sama memeriahkan sorakan Piala Dunia 2014.

Rio ke Malaysia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails