TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Friday, July 25, 2014

Gaza: Suatu perjuangan menentang kezaliman

1. Ketika rencana ini ditulis, saya baru saja menerima berita rejim Zionis terus membedil Gaza dengan menjadikan loji tenaga elektrik sebagai sasaran. Akibat serangan itu, penduduk Gaza dilaporkan bergelap.  Keadaan ini sudah tentu akan mengakibatkan  kehidupan mereka menjadi semakin sukar. Inilah perangai rejim Zionis.  Marahkan nyamuk, kelambu dibakar.  

2. Mereka melepaskan geram kepada penduduk Gaza akibat menghadapi tentangan sengit daripada pejuang Hamas dengan membedil apa sahaja.  Usahkan orang awam, rumah, masjid dan hospital habis dibalunnya.  MasyaAllah!  Manusia jenis apakah ini?  Benarlah apa yang dinyatakan dalam Al Quran, manusia jenis ini mendapat kutukan dan kemurkaan Allah.  Inilah jenis manusia yang membunuh para nabi dan rasul sedangkan utusan Allah itu merupakan kaum mereka sendiri.


3. Sepanjang dua minggu Gaza diperangi dengan serangan udara dan kereta kebal, belum ada tanda-tanda pejuang Hamas akan mengalah. Malah, Briged Al Qassam yang terdiri daripada mujahidin berhati waja, terus bersemangat menentang kekejaman Israel berbekalkan keyakinan dan janji Allah yang akan memberi kemenangan kepada mereka.  Inilah yang memeningkan Israel.

4.  Lebih memilukan mereka kehilangan 30 askar dan tiga penduduk awam yang dibunuh  pejuang Hamas.  Seorang askar mereka dilaporkan ditawan oleh Hamas.  Ini angka yang dilaporkan media barat.  Angka sebenar dipercayai lebih ramai kerana rejim laknat ini menyembunyikan fakta sebenar kerana bimbang akan menjatuhkan moral tenteranya dalam menghadapi tentangan daripada pejuang Hamas.  

Kereta kebal Israel musnah dibedil pejuang Al Qassam

5. Apa yang menyedihkan ialah tidak banyak sokongan khususnya yang diberikan oleh negara-negara Arab kepada Palestin dan dalam masa yang sama menekan Israel agar menghentikan kekejaman mereka. Islam adalah bersaudara dan sudah tentu negara-negara Arab yang dilimpahi dengan kekayaan minyak wajib berbuat sesuatu untuk membantu saudara segama mereka yang sedang dizalimi di Gaza.

6. Sebaliknya, banyak juga negara bukan Islam membantah tindakan Israel dan meminta PBB memberi keadilan kepada penduduk Palestin. Kita mesti ingat bahawa peperangan di Gaza adalah perjuangan menuntut hak dan mempertahankan tanahair.  Hak rakyat Palestin diceroboh. Tanah mereka dirampas.  Penduduk mereka diusir.  Mereka berperang kerana mempertahan hak dan kedaulatan mereka.  Siapakan sebenarnya pengganas. Sudah tentukan jawapannya Israel dan kuncu-kuncunya termasuk pihak-pihak yang menyokong dan bekerjasama dengan mereka.   

Pejuang Hamas meraikan kejayaan mereka memerangi Zionis

7. Bagi Malaysia, kita sudah lama menyokong dan membantu rakyat Palestin. Teruskanlah usaha murni kita itu. Teruskan berdoa untuk kemenangan umat Islam di Palestin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails