Cara menyejukkan badan, kreatif juga
Manusia yang kreatif amat bernilai, tidak kiralah kepada sesuatu organisasi atau kumpulan masyarakat. Sebab apa? Kerana kreatiflah benda susah akan jadi senang. Benda mahal akan jadi murah. Benda yang dianggap tidak berharga, jadi bernilai.
Pernah tengok cerita TV, Mac Gyver. Dia menggunakan kreativitinya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam hidup ini, kita kena kreatif. Tunggul kayu adalah barang bernilai jika dapat ke tangan pengukir kreatif. Barangan terpakai dan terbuang akan jadi bernilai jika diproses menjadi barangan dan sebagainya.
Bukan buah ganjil tapi kreativiti penanamnya.
Inilah pentingnya kreatif. Dalam pekerjaan sama juga. Orang kreatif banyak membantu menaikkan imej jabatannya. Penerbit TV mampu meningkatkan rating stesennya jika kreatif menghasilkan sesuatu yang baru. Orang akan muak menonton benda yang sama setiap masa. Jadi sentiasalah berfikiran kreatif!
29 comments:
Abang Putra... tak de komen :p
sebab saya tak kretif...
Mana aci kata Jie tak kraetif. Tu pandai buat blog tu, kira kreatiflah. Dapat duit lagi, hasil iklan. Saya tak dak langsung. Masuk angin keluar asap. Hehehe.
abg putra..
mcm mn nk jd org yg sgt kreatip
kalo anis dok godek internet pandai ar...
suke p/s yg abg tgglkan
jgn kreatip buat perkara x senonoh..sokong 120%
Cik Anis, godek komputer tu kira kreatif juga. Tahukah Anis, masih ramai lagi masyarakat kita yang "takut" dengan komputer. Ada segelintir tu nak pegang mouse pun takut. Ini fakta.
Yalah, ada tu kreatif jadi peragut, pecah rumah dsbnya. Ini yang bahaya ni!
hahah... mantap tu fotonya sob, kretif abis tu org tua kalau anaknya d gtuin.. hehe. slm kenal
hohohoho...
kreatip gile arr
isi anak dalam tembikai sejukkk
Hendra, benar memang mantap sekali. Terima kasih atas komen.
azra dan Lun, kalau kreatif, apa-apa pun boleh jadi. Kita kena berfikir yang orang belum fikir. hehehe. Falsafah ni!
Pernah dengar buah durian tiada duri?
Kat siam semua ada....
ore jate selalu kreatif kalo nak tambah cawangan hehe.. :p
TokNabe, memang kat siam teknologi pertaniannya canggih. Gambar buah muka orang tu pun dari Thailand.
Combi, hehehe. Komen tu tuju kat saya atau Budin?
maaf ye abg putra
terlambat follow
dr dulu dok cari tempat follower kat mana
x pasan plak kat atas skali
lambat loading upenye
hehe
abg putra >> kat semua ore jate ler.. :p
salam..betul..kita kena kreatif...ia melatih minda dan juga untuk tujuan penambahbaikan...kalau berfikiran static lama2 berkarat..
jumpa di kuching
bro pulak kretip membuat entry yg bagus2 :D
Arsaili, bro saya balik Kuching pada 9 Jun. Nanti kita jumpa ya!
Nuar, tuan pun apa kurangnya. Blog Nuar lain dari yang lain. Sebab tu ramai follower. Syabas!
kreatif sungguh abang putra menghasilkan entri yang kreatif ni.. he he
Kasawari, TQ. Masing-masing blogger ada kreativiti tersendiri termasuk tuan juga.
ahahahha...
sian bby tu kena dera masok dlm buah...
Bang Putra...ade ke watermalon 4 segi ekk??
mmg kreatif sgguh manusia ni..tp bg yg x kreatif lak,kena le belajar mengkreatifkan diri sendri...lin? ntah ek...hehehehe
Aspalela, hehehe memang kesian. Kalaulah dia boleh bercakap...Tembikai 4 segi memang ada. Aspa pun boleh buat. Masa ia berbuah (kecil) simpan dalam kotak. Jadilah 4 segi.
Sis Lin, banyak faedah ni kalau kreatif.
abg putra...cam comey lak tembikai baby tu ..prasan x???kekeke ;p
Cantik Watermelon 4 segi tu..Hehe..
Tp takot la tgk Buah yg mcm muka hantu tu..Ngaiiii..!
ieda, itu ciptaan orang Thailand. Dia pakaikan buah tu topeng muka orang. Jadi macam tu lah. Kreatif!
Kretip tp..sy kesian lak kt Buah tu dog wat cam2.. :|
Post a Comment