TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.
Showing posts with label kreatif. Show all posts
Showing posts with label kreatif. Show all posts

Friday, May 29, 2009

Kreatif Penyelesai Masalah

                                       Cara menyejukkan badan, kreatif juga

Manusia yang kreatif amat bernilai, tidak kiralah kepada sesuatu organisasi atau kumpulan masyarakat.  Sebab apa?  Kerana kreatiflah benda susah akan jadi senang. Benda mahal akan jadi murah.  Benda yang dianggap tidak berharga, jadi bernilai. 


                              Benda pelik orang suka. Kreatif melariskan jualan

Pernah tengok cerita TV, Mac Gyver. Dia menggunakan kreativitinya untuk menyelesaikan sesuatu masalah.  Dalam hidup ini, kita kena kreatif.  Tunggul kayu adalah barang bernilai jika dapat ke tangan pengukir kreatif.  Barangan terpakai dan terbuang akan jadi bernilai jika diproses menjadi barangan dan sebagainya.  


                                      Bukan buah ganjil tapi kreativiti penanamnya.

Inilah pentingnya kreatif.  Dalam pekerjaan sama juga. Orang kreatif banyak membantu menaikkan imej jabatannya.  Penerbit TV mampu meningkatkan rating stesennya jika kreatif menghasilkan sesuatu yang baru. Orang akan muak menonton benda yang sama setiap masa. Jadi sentiasalah berfikiran kreatif!  
SmileyCentral.com abg putra - jangan kreatif buat perkara yang tak senonoh pulak!

Thursday, March 26, 2009

Pemikiran Kreatif


KITA biasa dengar perkataan kreatif dan inovatif. Orang yang mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif amat bernilai kepada sesuatu organisasi atau jabatan. Orang yang kreatif sentiasa mempunyai idea-idea baru untuk memajukan jabatannya. Kreativitinya membezakannya dengan orang lain. Katakanlah saya sedang mencari seorang calon yang kreatif untuk jabatan saya. Soalan yang saya akan kemukakan semasa temuduga adalah begini:

Anda sedang memandu sebuah Ferrari dan semasa melewati sebuah perhentian bas, anda terpandang seorang gadis jelita yang menjadi idaman anda; seorang rakan lelaki yang pernah menyelamatkan nyawa anda dan seorang nenek tua yang sakit (perlu rawatan segera).

Antara ketiga-tiganya mana yang anda akan utamakan? Ingat, anda hanya boleh membawa seorang penumpang sahaja kerana kerusi penumpang kereta sport anda hanya satu.

Beri jawapan anda. Mungkin jawapan anda paling kreatif!
Posting baru: 31 Mac 2009
Syabas dan Tahniah kepada Nana Neriza kerana memberikan jawapan paling tepat!

Thursday, April 24, 2008

Antara Kreatif Dan Kepentingan Diri

Tidur yang cukup memang bagus untuk kesihatan. Tapi kalau tidur lagu ni macam mana? Kes haru ni. Jangan amalkan.
Kata orang, tak ada rotan, akar pun berguna. Tak dapat raba yang "betul" yang plastik pun jadilah. Ada ke jual kat Malaysia, padmouse jenis ni? Macam2lah dia orang ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails