TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Thursday, March 26, 2009

Pemikiran Kreatif


KITA biasa dengar perkataan kreatif dan inovatif. Orang yang mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif amat bernilai kepada sesuatu organisasi atau jabatan. Orang yang kreatif sentiasa mempunyai idea-idea baru untuk memajukan jabatannya. Kreativitinya membezakannya dengan orang lain. Katakanlah saya sedang mencari seorang calon yang kreatif untuk jabatan saya. Soalan yang saya akan kemukakan semasa temuduga adalah begini:

Anda sedang memandu sebuah Ferrari dan semasa melewati sebuah perhentian bas, anda terpandang seorang gadis jelita yang menjadi idaman anda; seorang rakan lelaki yang pernah menyelamatkan nyawa anda dan seorang nenek tua yang sakit (perlu rawatan segera).

Antara ketiga-tiganya mana yang anda akan utamakan? Ingat, anda hanya boleh membawa seorang penumpang sahaja kerana kerusi penumpang kereta sport anda hanya satu.

Beri jawapan anda. Mungkin jawapan anda paling kreatif!
Posting baru: 31 Mac 2009
Syabas dan Tahniah kepada Nana Neriza kerana memberikan jawapan paling tepat!

18 comments:

IamYonna said...

mungkin nenek tua yg sakit itu..

Suara Perindu said...

Yonna, jawapan anda tidak memenuhi kehendak penemuduga. Bagaimanapun, terima kasih dan cuba lagi.

Anonymous said...

boleh sy cuba jawab?

hihi.

Saya akan pilih wanita idaman saya.sebab bagi anggapan saya, peluang hanya datang sekali..peluang takkan datang bergolek untuk kali kedua. Kalau ada pun kali kedua, ia takkan sama macam peluang kali pertama. haha. ayat skema sungguh. tapi itu la yang saya belajar dari kegagalan.

kenapa saya tak selamatkan nenek tua yang sakit? disitu ada rakan lelaki yang pernah selamatkan nyawa saya, jadi tak mustahil rakan lelaki tersebut boleh bagi cpr kat nenek tu.. hihi.

Salam perkenalan.

Jie said...

rakan lelaki

kalau dia selamatkan nenek dulu, tinggalkan lelaki tu dgn awek canti...melepaslah...hahahah

BelalangDewa said...

aku bawak pompuan cantik... bawak nenek buat pe. aku bukan bawak ambulan. aku bawak kereta Ferrari untuk melaram...

Suara Perindu said...

Fitri,
Jawapan biasa bagi seorang lelaki. Tapi masih kurang tepat. Cuba fikir lagi. Masukkan nilai-nilai kemanusiaan.

Suara Perindu said...

Kujie,
Masih kurang tepat. Cuba Jie fikir lagi. Ada satu jawapan yang paling cun. Cuba baca betul-betul. Ia macam satu permainan juga.

Suara Perindu said...

BelalangDewa,
Hang ni tak dak kira lain. Pompuan. Pompuan. Pompuan. Cuba hang bagi jawapan baguih sikit.

Jie said...

mmg tak baca pun..main skip2 je

Jie said...

awek tu..sbb rakan lelaki tu boleh selamatkan makcik yg sakit sebab dia pernah selamatkan org sebelum ni

Suara Perindu said...

Kujie,
Dah hampir tepat. Tapi baru 70 peratus. Cuba lagi. Saya bagi klu. Satu jawapan--memuaskan hati semua pihak. Mungkin anak Jie boleh jawab. Sebab kanak-kanak lebih kreatif.

NanaNeriza said...

nak menyemak bolehh...
kalau saya jadi lelaki itu..saya akan suruh lelaki yg pernah menyelamatkan nyawa saya bawak nenek tu g hospital..dan nanti suh dia pulang balik keta saya tu kat saya..dan saya pulak akan ambil peluang tu berdua-duaan dgn gadis idaman saya..hehehe..amik peluang la..bila lagi..
;)

Suara Perindu said...

Syabas Nana, nampak gayanya andalah orang yang saya cari.

echah_syed said...

keta ferari mesti laa bawa aweks ekeke :p

abg putra..syg la keta mahal nak kasi org pinjam..hiks :D

NanaNeriza said...

adeii...:D
itu ke jawapannya??
haha..
asasnya saya jwb cmtu bukan sebab kreatif..sbb saya x kreatif pun..tp sebab...
saya selalu beringatt..peluang tak datang selalu dalam hidup..dan nasib tak selalu menyebelahi kita..:)

p/s: salam kenal2..x sempat kenal tuan rumah..pakai terjah jer..hehe..

Suara Perindu said...

Nana,

Itulah kreativiti namanya. Semua pihak mendapat manfaat. Dengan lain, perkataan 3 dalam 1.

Iliana said...

alamak...dah terlewat mampir di sini..seronok permainan kreatif ni..

Suara Perindu said...

Emillio,
Thank you for your comment. Have a nice day!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails