
Jika saya bertanya, apa bezanya seorang isteri dan teman wanita? Jawapannya sudah tentu pelbagai. Masing-masing ada pandangan sendiri. Apa kata, kita umpamakan seorang isteri seperti sebuah peti televisyen dan teman wanita pula umpama telefon bimbit (handphone). Ini sekadar perbandingan untuk melihat mana yang lebih baik.
Masa di rumah, kita menonton TV tetapi apabila keluar kita membawa handphone. Ada duit lebih pun kita jarang menukar TV tetapi handphone kita kerap tukar kepada jenama lain jika ada duit lebih. TV bentuknya besar dan sukar dipindahkan tetapi handphone bentuknya kecil, menarik dan senang dibawa ke sana ke mari.
Yang menariknya, TV ada alat kawalan jauh tetapi handphone tidak. Tetapi handphone ada ciri-ciri lain yang menarik seperti 3G dan sebagainya. Jadi, nampaknya handphone mempunyai banyak kelebihan berbanding TV. Jadi, perlukah kita mencari teman wanita? Jangan. Awas! Cerita ni belum habis lagi. TV tidak ada virus sepertimana handphone. Jadi, setialah kepada TV kalau tak mahu kena virus.
abg putra - tengok anak orang, ingat anak kita, tengok isteri orang jangan lupa isteri kita.
30 comments:
amboi..
perumpamaan die..
*xtao nk komen cmne*
sbb skrg ramai perempuan tengah EMO kes norman & abby,
base lelaki miang..
grrr..
*abg jgn cmtu gak ehh,
libas nge daun kuang kang !
huhu
Nano,
Biasalah kes cerai berai dah jadi lumrah artis kita. Abang tak leh nak janji. Dah kalau cantik macam Suzan ni, mata siapa pun naik kemamor. Tak caya tanya Divahantu.
hehehe...x artis pon byk kes abg putra cuma x glamer aje...
tv ngan henpon pun ade mcm2 jenis gak kan? portable TV pon dh ade...leh bwk g mana2 lagik..heheh
Kenapa TV orang cari yang besar2... handphone pulak orang cari yg kecik..kecik. hehe.
hi...
memang rumput tetangga selalu lebih indah dan lebih hijau daripada rumput sendiri.....
terkadang nafsu pun patut untuk dikekang, bilamana kita sadar betul akan wujud dari nafsu sendiri.
semua wanita yg cantik di dunia ini ingin rasanya untuk dimiliki semua, tapi apa daya tangan hanya dua...inilah sunnatullah :p
nice 2 know u
regards,
MyAvatarInside
http://3dsmaxsupport.blogspot.com/
Jun, benar ada portable TV. Tapi jarang ada orang usung ke sana ke mari berbanding handphone.
TokNabe, TV asalnya "kecil molek" tapi kerana tak jaga lama-lama jadi 3 G.
Myavatar,
Macam makan nasi jugak. Kadang-kadang makan di rumah orang lebih sedap walaupun lauknya tak seberapa. Dunia-dunia.
syukur jelah apa yg kita ada. tp sape takmo henpon tu bolehlah bg kat sy hehehe
eeehhh henpon sy ada tv
Masya...hahaha, handphone tu hanya sesuai untuk lelaki sahaja.
Kuina,
Kalau handphone ada TV bermakna teman wanitanya diperlakukan seperti isteri atau berfungsi seperti isteri sekalilah. hahahahah.
sy tak faham lah abg putra kes ape..hahahaha
eh...best ke tgok bola kt hp dr tv?
ha..jawap...jawap...
nak ade bf gak bule dok..?? :p
Jie, benar memang tak best langsung tengok bola dalam handphone. Ini membuktikan walaupun handphone punyai beberapa kelebihan, ada ketikanya ia tidak dapat menandingi TV. Ringkas cerita, isteri punyai kelebihan. Tetapi memanglah, kadangkala golongan macam kami ni ada ketikanya kerap "tergelincir". heheheheh
Combi, boleh ada bf tetapi kena minta kebenaran abang nombor satu tu dulu. Amacam berani?
abg put.. kena minta kebenaran ke?? ape kelas kalo main minta izin.. :(
ore jate pung dok minta izin..guano gamok oghang jate ni..tak adil sokmo :p
abg putra..
tu apa lah yg dibuat sampai tergelincir matahari
hahahaha
Combi, wag hebat Combi kecek kelate, Tranung. Kalau TokNabe tahu, mesti dia rasa bangga. Orang jate dia ada imuniti. Ore tino takdok.
Combi, wah hebat combi kecek kelate, Tranung kite. Kalau Tok Nabe tahu tentu dia tercengang. Orang Jate ada kelebihe, sebab tu dok payoh mintok izin. Dok Caya tanyo abe kat rumah tu. Mesti dia angguk.
Kujie, sejarah sudah membuktikan ramai yang tersungkur kerana godaan wanita. Pahlawan hebat sekali mana pun tetapi dengan wanita mereka terkulai. Ini menunjukkan pengaruh godaan wanita amat berbisa. Kira kalau abg Putra sekali sekala, tergelincir pun, biasalah dok? Hehehehe.
oghang jate ade kelebihe pada napsu jer.. :(
kena gode sket terus jadi lemah lutut..ape kes!
dimane laa kekuatan ore jate ni..hanye bergantung pada tongkat ali saje ker..??
kesian ali..abih tongkat dia kena ambek oleh ore lelaki yg dah lemah..muahaha *gelak devil
tapi kalu ada TV LCD 42 inci denge sound system rasa sedak dok teletang depang dia lagi dari dok layang ke HP... hehehe...
mad redo, inilah yang susahnya. TV besar, sound system berdentam dentum tapi cari handphone jugak. Maknanya isteri cantik, gi cari hok luar jugok. Payoh lagu ni.
Saya nak tambah sikit :
Walaupun handphone ada byk kelebihan dan keseronokan, tp berapa lama manusia boleh pegang dan belek handphone, paling komen 1 jam kot - jemu jugak akhirnya.
Tapi TV, keseronokannya tak pernah berakhir, selagi siaran tak berhenti, program dah tamat, manusia boleh duduk berjam2 depan TV, lepas satu cerita ke satu cerita.
Begitulah jugak isteri dan girlfriend, walaupun si isteri byk cerita atau karenah sebenarnya itulah madu-penawar suami. Kalau girlfriend byk karenah, nak itu, nak ini, tak ke lagi pening dan haru nak layan berbanding isteri....
Fikir-fikirkan... ehek
Lagi Nak Tambah :
Jangkahayat TV lebih lama berbanding Handphone..
Cuba fikir berapa kali anda membeli TV sepanjang hidup anda ? Dan berapa kali pulak anda dah bertukar-tukar handphone ? Kita mudah jemu dgn handphone ataupun demand kita terhadap handphone lama-kelamaan semakin tinggi.
Ibarat kata - kalau dah ada makwe cantik, next makwe nak lagi yg lebih cantik, lebih seksi..
Last2, pandanglah isteri sendiri - lagi byk kelebihannya dan ada "Guarantee" lagi... Kerana wajah dan sikapnya itulah kita jatuh cinta dan kahwin dgn dia dulu
Fikir-Fikirkan... (Teori ini juga digunapakai kpd org perempuan (perbandingan suami-TV) Hehehe
Zaity, benar sekali penjelasan anda. Banyak kelebihan TV berbanding handphone. Tapi apasal mereka asyik dok belek handphone je? Ni yang muskil ni?
kalau nak cerita pasal perbezaan gf, mistress dan wife ni memang ada banyak versi tapi aku tak berani nak cerita kat sini. takut ramai yang belasah aku.... nanti bila jumpa aku cerita.
Din, pandai benar hang cari topik yang simple, biasa tapi bisa... Tahniah.
Saiee,
Kita kena cari topik yang ringan dan santai. Jangan tulis cerita yang berat2. Susah orang nak baca.
Post a Comment