SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; IKUTI TOKOH ISLAM MINGGU INI MENGENAI KISAH BEBERAPA SAHABAT NABI S.A.W YANG MENARIK KISAHNYA UNTUK DITELADANI, DIPAPARKAN DALAM BENTUK DOKUMENTARI RADIO YANG MENARIK. SETIAP SABTU 6.15 PTG DAN ULANGANNYA PADA AHAD 2.15 PTG DI TERENGGANUFM; PENULIS SKRIP DOKUMENTARI AGAMA DIPERLUKAN. HANTAR SEGERA PERMOHONAN KPD PENGARAH RTM TERENGGANU; IKUTI PERKEMBANGAN SUKAN TEMPATAN DAN TANAH AIR DALAM "WISEL" SETIAP SELASA PUKUL 9.15 BERSAMA DJ AZRUL DAN RIZAL, MENGUPAS PERKEMBANGAN BOLASEPAK, HOKI, LUMBA BASIKAL DAN BANYAK LAGI

Tuesday, October 28, 2008

Editor Perlu Kreatif

Malam tadi saya menonton siaran berita sebuah stesen TV. Bunyi salah satu tajuk beritanya begini: Deepavali disambut sederhana tetapi meriah. Saya ketawa mendengarnya. Kenapa? Kerana 15 tahun dulu, perkataan itulah yang saya selalu gunakan ketika membuat tajuk berita. Bezanya tajuk berita saya: Aidil fitri disambut sederhana tetapi meriah.

Saya rasa di sinilah pentingnya kreativiti. Pengarang berita tidak seharusnya menggunakan headline yang sudah dianggap klise dan ketinggalan zaman. Carilah sesuatu yang baru dan segar. Pendengar hari ini sudah cerdik dan matang dan mereka mahukan kelainan. Macam makanan juga. Hari-hari asyik pekena makanan yang sama, muak juga.

7 comments:

TokNabe said...

saya pun mcm teringat satu ayat :

harga ****** di negara kita masih rendah jika dibandingkan dengan negara jiran kita.

Hehe.. ayat yang sama diulang jika ada kenaikan ****** hehe.. tak kreatif kan abg putra?

Abang Putra said...

TokNabe, memang benar apa kata tuan. Itulah pentingnya kreativiti. Macam wayang gambar, orang dah dapat teka jalan cerita. Orang Kedah kata: pi mai, pi mai tang tu. Orang Terengganu kata: Gi maghi, gi mahgi hok tule. Loghat Kelate? TokNabe tahu kot?

JUN said...

salam abg putra..hahaha...go back, go back..still there..lama x tinggal pesan kat umah abg ni...

mommy otai said...

so..ape ayat yg suai tu abg putra..
sederhana tp meriah..leh bagi ide tak kat post baru..nk belajo nih.hehe

Abang Putra said...

mommy otai, buatlah ayat lain yang maksudnya agak sama. Contoh: Kesuraman ekonomi tidak menjejaskan sambutan deepavali...atau Deepavali disambut meriah dengan harapan ekonomi dunia kembali pulih. dsbnya.

mommy otai said...

ermm menarikk.hehee..gud.gud..memg otai la abg putra ni..

Anonymous said...

sebenarnya bukan saja aspek perbendaharaan kata saja perlu diperbaiki dalam penulisan berita tapi pemilihan berita yang sesuai disiarkan bukan saja hentam keromo.Harap RTM dapat berubah dibawah kepimpinanan Menteri Penerangan baru ni.Maaf melencong sikit,saya sayang RTM berbanding stesen televisyen swasta dan radio swasta sebab banyak "berbudi" kepada masyarakat di Sarawak dan Sabah.
Bob From Kuching

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails