TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Sunday, November 30, 2008

Kisah Wook Power

[ Kahwin bukan sekadar seks semata-mata - gambar AP]

KISAH Wook Kundor dan Mohd Nor Musa mencuit perhatian saya. Kenapa? Ya lah, jarang saya terjumpa kisah-kisah begini di negara kita. Seorang lelaki muda 37 tahun sanggup berbinikan nenek berumur 106 tahun itu. Apalah dipandang pada wanita lanjut usia itu. Orang Terengganu kata, "doh kecut berut."

Tapi dalam dunia ni macam-macam boleh jadi. Kisah ni menjadikan negeri kelahiran saya terus sohor dengan cerita-cerita sensasi. Bukanlah nak kata orang Terengganu tu "hebat", tetapi ia mungkin berlaku secara kebetulan. Apa tidaknya. Dulu, kisah dua lelaki ingin berbini empat pun dari Terengganu. Lepas tu, timbul pula kisah nak terjun bangunan, dua-dua melibatkan kes di Terengganu kita juga. Apa lagi? Jangan lupa kisah pelakon Aziz M Osman dengan bini mudanya. Kira dari Terengganu juga tu. Ada lagi? Ada.

Dulu, ingat tak kisah nasi dagang? Riuh rendah satu malaya kisah lauk nasi dagang kepala ikan 45 ringgit di Chendering. Makcik tu kini dikatakan makin kaya kerana dapat publisiti percuma. Dan jangan lupa, Ayah Pin dari "Kerajaan Langit" pun dari Terengganu.

Berbalik kepada kisah Mohd Noor dan Wook Kundor. Nak kata Mohd Nor nak menumpang kesenangan Wook tak masuk akal. Wook bukanlah orang senang. Habis kenapa? Mungkin Wook ada kelebihannya. Kelebihan apa? Ya lah, dia dikatakan pernah 22 kali berkahwin, tentulah ada kelebihannya. Betul tak? Sebab itulah saya memanggilnya "Wook Power."

SmileyCentral.comSmileyCentral.com

20 comments:

IamYonna said...

HAHAHHAA..
yonna pon pelik sgt tau diorg kawen tp tu lah..
everything happend for a reason.. =)

dah jodoh diorg..
tp kesian diorang sebab kene tipu kan..

haih..
ade jgak org tolong jaga makan pakai nenek tu

Unknown said...

salam salam abg putra>.<
makasih sbb jenguk2 blog sy..
btw waaa wook wa caya sama lor!^o^
hi5 la wook..
abg putra best la coretan blog abg ^^

Suara Perindu said...

Yonna, benar itulah jodoh namanya. Kalau Yonna mahukah pasangan berusia lebih 100 tahun?

Suara Perindu said...

Diana, terima kasih atas puji-pujian. Diana pun boleh tulis kisah-kisah begini. Janji entri mesti santai, menarik dan ringkas. Jangan tulis benda-benda yang berat.

Anonymous said...

Kuat kuat belaka orang T'ganu hehehe....ada khasiat misteri agaknya dalam nasi dagang..kalah orang Kedah din!

Anonymous said...

Kalah habis orang Kedah. Pandai hang korek kisah cinta Din, mungkin power datang dari nasi dagang kot?

Suara Perindu said...

romantis,
Yang sebenarnya Kedah lagi hebat. Dua tahun bolot tiga kejuaraan bolasepak. Selangor putih mata. Kira hebat juga tu. Belum cerita lain lagi tu.

~ The Author ~ said...

tercuit betol hati saya bila baca ayat wook power abg tu.. ehehehehe.. saya pun memang salute habis kat nenek wook ni sbb dpt maintainnn power.. :-) tabik spring 4 bilion x Cayalah

Suara Perindu said...

Zaity, itulah kerana penangan kacip fatimah.

Anonymous said...

saya suka dan sokong cara dia org..usia bkn menentu bahagia derita, lagi pun dia nak menjaga mesti ada hubungan..nnt apa pula kata org

East Coast Cycling Team said...

Hah...ganu kite kang.....nok sokmo...ke guano Abang Putra kite....he.he.he..!! Semoga jodoh mereka berdua berkekalan hingga akhir hayat.

Masy said...

tp ade kudrat lg ke nenek tu nk 'berkhidmat'? kuat2 penangan kacip fatimah pun.. ermm.. ntah lah heheh

Suara Perindu said...

Kujie, wook sebenarnya ada amalan. Saya akan ceritakan dalam post saya akan datang. Amalan itulah yang menjadikan beliau hebat (power).

Suara Perindu said...

PLBD, memang ganu kite hebat sokmo tapi hok dok ghok chetong ada jugok. muhaaaa...

Suara Perindu said...

Masya, nantikan entri abg seterusnya mengenai rahsia wook power. Tunggu!

Anonymous said...

itu la namanye kalo jodoh tak kemana hehe

arsaili said...

salam..setiap yg berlaku ada hikmahnya...

Anonymous said...

Having sex at 106 years old!!! what can I say...it's a taboo to me

Anonymous said...

wah!!! agak teruje sat bace ur entry ni. hehehe!! tapi, betul gak... semuenyer beralasan kan? mari kite pk yg baik2 aje ek :)

Oasis said...

nmpk gayanyer Terengganu mmg byk senarai tokoh2 ternama kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails