[ Kahwin bukan sekadar seks semata-mata - gambar AP]KISAH Wook Kundor dan Mohd Nor Musa mencuit perhatian saya. Kenapa? Ya lah, jarang saya terjumpa kisah-kisah begini di negara kita. Seorang lelaki muda 37 tahun sanggup berbinikan nenek berumur 106 tahun itu. Apalah dipandang pada wanita lanjut usia itu. Orang Terengganu kata, "doh kecut berut."
Tapi dalam dunia ni macam-macam boleh jadi. Kisah ni menjadikan negeri kelahiran saya terus sohor dengan cerita-cerita sensasi. Bukanlah nak kata orang Terengganu tu "hebat", tetapi ia mungkin berlaku secara kebetulan. Apa tidaknya. Dulu, kisah dua lelaki ingin berbini empat pun dari Terengganu. Lepas tu, timbul pula kisah nak terjun bangunan, dua-dua melibatkan kes di Terengganu kita juga. Apa lagi? Jangan lupa kisah pelakon Aziz M Osman dengan bini mudanya. Kira dari Terengganu juga tu. Ada lagi? Ada.
Dulu, ingat tak kisah nasi dagang? Riuh rendah satu malaya kisah lauk nasi dagang kepala ikan 45 ringgit di Chendering. Makcik tu kini dikatakan makin kaya kerana dapat publisiti percuma. Dan jangan lupa, Ayah Pin dari "Kerajaan Langit" pun dari Terengganu.
Berbalik kepada kisah Mohd Noor dan Wook Kundor. Nak kata Mohd Nor nak menumpang kesenangan Wook tak masuk akal. Wook bukanlah orang senang. Habis kenapa? Mungkin Wook ada kelebihannya. Kelebihan apa? Ya lah, dia dikatakan pernah 22 kali berkahwin, tentulah ada kelebihannya. Betul tak? Sebab itulah saya memanggilnya "Wook Power."