Malam tadi saya menonton siaran berita sebuah stesen TV. Bunyi salah satu tajuk beritanya begini: Deepavali disambut sederhana tetapi meriah. Saya ketawa mendengarnya. Kenapa? Kerana 15 tahun dulu, perkataan itulah yang saya selalu gunakan ketika membuat tajuk berita. Bezanya tajuk berita saya: Aidil fitri disambut sederhana tetapi meriah.
Saya rasa di sinilah pentingnya kreativiti. Pengarang berita tidak seharusnya menggunakan headline yang sudah dianggap klise dan ketinggalan zaman. Carilah sesuatu yang baru dan segar. Pendengar hari ini sudah cerdik dan matang dan mereka mahukan kelainan. Macam makanan juga. Hari-hari asyik pekena makanan yang sama, muak juga.