TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Tuesday, October 14, 2008

Syabas sahabatku Norz



Pada kacamata saya Norz atau Norzailina Nordin adalah seorang blogger yang istimewa. Beliau punyai bakat yang hebat--pakar masakan, novelis dan pengacara. Sejak mengenali beliau, saya dapati Norz seorang yang budiman, sopan, tidak sombong dan begitu pandai menjaga kredibiliti blognya. Sebagai sahabat saya sentiasa berasa bangga kerana beliau terus meniti kejayaan demi kejayaan. Dan saya turut kagum beliau mempunyai kekuatan melakukan pelbagai tugas dengan cemerlang dalam satu masa. Ini satu kelebihan.

SmileyCentral.com

10 comments:

Anonymous said...

Salam, abang putra.
Tiada kata secantik bahasa yg mampu saya luahkan buat menyampaikan perasaan terharu saya kerana diberi 'penghargaan' menyerikan blog abang putra nii... Barangkali inilah 'surprise' Syawal yg istimewa dari Sarawak. Saya benar2 menyanjung tinggi persahabatan yg terjalin di alam siber selama ini. Terima kasih, abang putra. Sokonganmu begitu bermakna.

Suara Perindu said...

Norz memang layak mendapat penghargaan ini. Dari seorang pendidik ke pakar masakan, novelis, pengacara TV dan blogger terkenal. Apa lagi yang saya mahu katakan. Ini bukan sekadar satu pujian-pujian tetapi lahir dari hati saya yang tulus ikhlas. Moga Norz terus maju dan berjaya!

TokNabe said...

Satu kelebihan yang sukar untuk ditandingi oleh sesiapa. Tak begitu abg putra?

TokNabe said...

Satu kelebihan yang sukar untuk ditandingi oleh sesiapa. Tak begitu abg putra?

Suara Perindu said...

Benar seperti yang Toknabe katakan. Memang hebat sahabat kita ni.

eedany said...

Syabas untuk kak norz...

Saya pernah nampak akak kat tv.

:)

Anonymous said...

norz mmg hebat. raya tahun ini saya tumpang kehebatan norz dengan 'baju raya' hadiah dari norz

Suara Perindu said...

Kujie dan eedany pun apa kurangnya. Ada kelebihan masing-masing. Tiap-tiap seorang punyai kelebihan yang berlainan. Bersyukur dengan apa 'kelebihan' kita.

Tirana said...

Saya suka baca novel karya Norzailina.. She has her own style of writing...Syabas untuk Norzailina!

arsaili said...

salam..setiap manusia ada kelebihan...dan kak norz adalah contoh yg tahu dan berjaya menggunakan kelebihannya sehingga berjaya. Salute!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails