SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; IKUTI TOKOH ISLAM MINGGU INI MENGENAI KISAH BEBERAPA SAHABAT NABI S.A.W YANG MENARIK KISAHNYA UNTUK DITELADANI, DIPAPARKAN DALAM BENTUK DOKUMENTARI RADIO YANG MENARIK. SETIAP SABTU 6.15 PTG DAN ULANGANNYA PADA AHAD 2.15 PTG DI TERENGGANUFM; PENULIS SKRIP DOKUMENTARI AGAMA DIPERLUKAN. HANTAR SEGERA PERMOHONAN KPD PENGARAH RTM TERENGGANU; IKUTI PERKEMBANGAN SUKAN TEMPATAN DAN TANAH AIR DALAM "WISEL" SETIAP SELASA PUKUL 9.15 BERSAMA DJ AZRUL DAN RIZAL, MENGUPAS PERKEMBANGAN BOLASEPAK, HOKI, LUMBA BASIKAL DAN BANYAK LAGI

Monday, September 29, 2008

Raya Dulu VS Raya Sekarang


ESOK atau lusa umat Islam akan menyambut Hari Raya. Sehari dua inilah masa paling sibuk. Cari ayam atau daging nak buat rendang atau sate; cari buluh buat lemang dan menghias rumah. Dan apabila bercakap tentang raya ni, saya teringat zaman saya kanak-kanak dulu. Tentulah ada sedikit perbezaan raya dahulu dengan raya sekarang. Ada baiknya kita perturunkan di bawah ini. Blogger yang ada pandangan boleh tambah dalam ruangan komen.

RAYA DULU
1. Kunjung-mengunjung suatu tradisi walaupun tak kenal tuan rumah dan
dilakukan beramai-ramai.
2. Suasana raya sungguh meriah sampai seminggu.
3. Tetamu diraikan.
4. Kanak-kanak tak harap sangat duit raya.
5. Makan kuih buat sendiri

RAYA SEKARANG.
1. Kunjung mengunjung ala kadar sahaja. Pergi pun rumah orang kenal.
2. Banyak masa lepak depan TV. Program TV banyak sangat.
3. Meriah hari pertama saja. Kedua dan ketiga dah kurang
4. Kalau tetamu datang, dia melangut sorang-sorang. Tuan rumah asyik tonton TV.
5. Makan kuih tunjuk aje.
6. Kanak-kanak kalau tak bagi seringgit, jangan haraplah depa nak balik!

abgputra - ini sekadar pandangan, hangpa jangan marah aku pulak.


2 comments:

TokNabe said...

。☆。*。☆。
★。\|/。★
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin ★。/|\。★
。☆。*。☆ - TokNabe & Keluarga

divahantu said...

diva masa dulu cari buluh bukan untuk buat lemang, tapi buat meriam buluh. cari buluh tebal amik bahagian pangkal. tebuk lubang dekat ruas. ikan kuat-kuat dgn dawai. masukkan kabait dan taruk sikit air bagi dia berasap. lepas tu cucuh dengan sumbu berapi yang diikat pada buluh lain yang dah dibelah dan diraut. apabila api dari sumbu diletak dekat lubang buluh meriam, akan keluar bunyi bertendummmmmm.... horay....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails