TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Thursday, February 28, 2008

Antara Keazaman dan Realiti

gambar: petikan Straits Times

Sebelum 24 Februari 2008, dia hanyalah manusia biasa. Tetapi mulai tarikh itu, namanya tiba-tiba gah seantero negara dan diberi publisiti meluas oleh media cetak dan elektronik bagaikan artis ternama. Siapakah manusia ini.

Dia adalah Nenek Maimun Yusuf, 89 tahun dari Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu. Semuanya gara-gara tindakannya bertanding atas tiket Bebas bagi parlimen Kuala Terengganu menentang calon BN, Razali Ismail dan ayam sabung Pas, Muhamad Sabu. Pada usia 89 tahun, Maimun mencatat sejarah sebagai wanita tertua pernah bertanding dalam sejarah pilihanraya Malaysia.

Dengan menggunakan basikal, maimun--yang tidak tahu membaca dan menulis--berkempen dari rumah ke rumah bagi memujuk pengundi menyokongnya yang menggunakan simbol kunci. Maimum yang mempunyai tujuh cucu dilaporkan tidak percaya kepada mana-mana parti yang bertanding di negara ini. Dalam negara demokrasi seperti Malaysia siapapun boleh bertanding asalkan ada wang deposit calon RM 10 ribu dan deposit poster RM5 ribu.

Soalnya mampukah nenek ini mendapat kembali wang pertaruhannya?

13 comments:

Idham said...

secara peribadi saya amat menghargai semangat yang ditunjukkan oleh makcik maimun yang tidak berpuashati dengan pemimpin dan terus menentang secara sendirian. jika dikaji dari pelbagai sudut memang calon yang hendak ditentang oleh makcik maimun jauh lebih berpendidikan dan lebih berwibawa. tetapi dari sudut popularitinya dan jika penduduk kuala terengganu tidak menyedari bahawa makcik maimun adalah seorang buta huruf, makcik maimun akan duduk bersidang di dewan parlimen!
Cabai Burung

Yaya said...

kaya nenek ni kan..dan kuat semangat dia kan

Anonymous said...

Ini barulah di katakan semangat MELAYU,, warga emas lain ramai yang semangat meLAYU....

eedany said...

kuat semangat nenek ini... patut menjadi contoh kepada rakyat Malaysia kan abg kan?

Anonymous said...

Attention!

pat said...

Secara peribadi nya,Pat rasa nenek ni suka glamer lah (Kepada yg kurang senang membacanya,sori ye semua)

Yelah,bukan apa,dgn duit semua tu,patut nya byk benda lain yg lagi berfaedah nak dibuat.Macam,ambik kelas malam ke nak belajar membaca dan menulis...

Honestly lah,kalau Pat jadi nenek tu,agak nya Pat pergi menunaikan Haji kot.Kan lagi berfaedah.

yanglerni said...

ala semua orang tau...nenek ni dah kena beli...duit pertaruhan tu bukan duit dia..ada orang sponser..bagi mengalahkan salah satu parti... nenek tu simpan duit sari seringgit lebih 22 tahun..takkan dia bodoh nak buang duit dia...hehe

nanonano said...

tp menurut sumber,
wang pertaruhan itu bukan duitnye,
hanya die di upah utk sabotaj parti lg satu tu..
ntah la labu..
:D

Saiee Driss said...

Apa sekalipun, dia menjadi lambang kebebasan dan amalan demokrasi tulen.

echah_syed said...

syabas nenek maimun !!

wanita mempunyai semangat juang yg kental sbb tu ramai wanita bole hidup sendirian tanpa suami yg curang menjaga anak2 sehingga berjaya .. **PEACE**

~ pnjg umo nenek maimun..kalo combi jumpa nak mnta petua ~

Shai Arif said...

huhu abang putra, im wondering here, mana dia dapat duit utk bertanding tu? gadai tanah ke? erm... apa-apa pun, dia ada guts la nak bertanding secara bebas.

PUTRAGABAN said...

Nek Mun dah daftar untuk serta Akademi Fantasia musim akan datang. Kita dikehendaki persiapkan top up banyak-banyak untuk undi dia... Mari sama-sama kita undi Nek Mun....

Suara Perindu said...

idham, aleeya, ctnurani, pat, yanglerni, nano, saie, combi, budin, sha,

Tak peliknya calon bebas, glamour mengalahkan calon BN dan pembangkang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails