TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.
Showing posts with label calon pilihanraya paling tua. Show all posts
Showing posts with label calon pilihanraya paling tua. Show all posts

Thursday, February 28, 2008

Antara Keazaman dan Realiti

gambar: petikan Straits Times

Sebelum 24 Februari 2008, dia hanyalah manusia biasa. Tetapi mulai tarikh itu, namanya tiba-tiba gah seantero negara dan diberi publisiti meluas oleh media cetak dan elektronik bagaikan artis ternama. Siapakah manusia ini.

Dia adalah Nenek Maimun Yusuf, 89 tahun dari Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu. Semuanya gara-gara tindakannya bertanding atas tiket Bebas bagi parlimen Kuala Terengganu menentang calon BN, Razali Ismail dan ayam sabung Pas, Muhamad Sabu. Pada usia 89 tahun, Maimun mencatat sejarah sebagai wanita tertua pernah bertanding dalam sejarah pilihanraya Malaysia.

Dengan menggunakan basikal, maimun--yang tidak tahu membaca dan menulis--berkempen dari rumah ke rumah bagi memujuk pengundi menyokongnya yang menggunakan simbol kunci. Maimum yang mempunyai tujuh cucu dilaporkan tidak percaya kepada mana-mana parti yang bertanding di negara ini. Dalam negara demokrasi seperti Malaysia siapapun boleh bertanding asalkan ada wang deposit calon RM 10 ribu dan deposit poster RM5 ribu.

Soalnya mampukah nenek ini mendapat kembali wang pertaruhannya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails