TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Wednesday, December 26, 2007

Bersyukur Dengan Rezeki Kurniaan Allah.

Hari ini saya mendapat dua berita baik. Sebenarnya berita ini saya dah tahu lama dah. Tetapi oleh kerana Utusan Malaysia menyiarkannya maka ia menjadi lebih menarik lagi untuk golongan macam saya (Penerbit Rancangan) dan mereka yang sewaktu dengannya.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita mengenai keputusan kerajaan memberikan elaun kritikal kepada kakitangan kerajaan dalam perkhidmatan Penerbit Rancangan. Allhamdulillah, rezeki lagi. Abang Putra dapat 5 peratus dari gaji pokok yang akan mula dibayar mulai Januari 2008.


Satu lagi rezeki baru ialah abang putra akan mendapat tunggakan 9 bulan gaji baru gred B44 kerana sudah lulus PTK Mac lalu. Tunggakan ini dijangka dibayar mulai Januari 2008 juga.

Jadi tahun 2008 ni merupakan tahun rezeki bagi abang putra. Gaji naik 20 peratus, elaun kritikal 5 peratus dan tunggakan gaji 9 bulan B44.

Budin! Mai Sri Aman cepat sebelum duit ni habis.

abg putra -- syukur dikurniakan rezeki. Tapi kalau gaji tak naik kena bersyukur juga!

20 comments:

nanonano said...

SILA dermakan pada yg memerlukan,
contohnya, mangsa2 banjir,
errr...

Suara Perindu said...

Hehehe, memang pandai. Dont worry untuk mangsa banjir seperti nano memang ada. Abang Putra bagi masa birthday nanolah!

Orked said...

Abg putra ni tak patut tau..ajak Abg Budin je.....nak pergi sri aman gak..nk hidup aman damai mcm Abg Putra.

Syukur & Tahniah utk AbgPutra..semoga rezeki terus melimpah ruah spt koko krunch di ladang gamdum..:p

Cg Azie said...

sah abang putra plan baru nak kawen lagi....hahahhaha...bila nak banjer lawa makan nasi beriani??lapar laaa...rasa nak pi sarawak laa...

Noushy Syah said...

wowowoo..bolelah minta tuti raya yang ABg Putra promised tu dulu, backdated lagi tuh tentu divident bertambah2 kan kan? tehehhehe...

Jamal Abd Rahman said...

wah dpt durian runtuh ...dtg KL confirm kena belanja saya dgn Big B kat Mandarin nih....

congrats ...rezki anak2 tu.

Big B pun dapat jugak kan? nak mintak dia belanja jugak ni...

dahirisaini said...

rejeki dari langit kena ingat juga ya, hujan la, bukankah sekarang ni musim hujan, kira rejeki juga le, boleh sya dtg sri aman ni, makan minum hehehehehe, selamat tahun baru 2008 semoga murah rejeki lagi seperti dpt 'bunga' ros kalas, gurau hahahahaha....salam.

Suara Perindu said...

Jie, jangan bimbang bahagian Jie pun ada. Memang nak tulis semua nama blogger tapi takut tak muat pulak. Nantilah kalau saya turun KL kita lepak ramai2. Saya belanja makan. Tapi boleh ke?

Suara Perindu said...

cg azie,
Mai Sarawak cepat...sementara duit masih banyak ni. Setakat nasi minyak no hal (bongkak, ini yang Tuhan marah)...tempah air asia cepat...mai cek mai

Suara Perindu said...

2 Noushy, tuit raya...no problem ma...tapi apa pula kata Shahyang nanti...besar2 pun mau tuit raya ka! ayooooooooo...

Suara Perindu said...

2 Uncle J, dont worry brother. Nanti saya turun KL kita ajak big B dan Norz sekali. Minum kat Bangsar. Blogger lain boleh join kalau free...

Suara Perindu said...

2 Dahirisaini, jangan lupa datang Sri Aman cepat. Saya bawa tuan minum tepi sungai tu (sungai batang Lupar) sambil bercerita kisah2 sastera. Kalau nak datang call rtm sri aman bagi tau...

Qaseh Bidadari said...

jangan lupa bayar zakat tau abg putra tau...hehehe...lagi1,kalo mai sini,jgn lupo blanje ye!

pat said...

jabatan kerajaan yg lain2 tak dapat ke...huhu...Anyway,tahniah Abg Putra!!

ryann said...

wahh...bestnya. bang kena belanja kami semua

Suara Perindu said...

2 mama ranggie,
terima kasih, satu peringatan yang baik!

Suara Perindu said...

Pat,
Ada 4 lagi jabatan lain yang dapat. Rujuk artikel dlm utusan tu.

Suara Perindu said...

rynn,
Bisa diatur rynn, kita makan bawah pokok lah...hehehe

pat said...

Abg Putra,
Tak ada dalam senarai lah :P

Suara Perindu said...

Pat, ada...kan abang dah sebut semua blogger tu! Jumpa di Kuching, abang belanja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails