SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; IKUTI TOKOH ISLAM MINGGU INI MENGENAI KISAH BEBERAPA SAHABAT NABI S.A.W YANG MENARIK KISAHNYA UNTUK DITELADANI, DIPAPARKAN DALAM BENTUK DOKUMENTARI RADIO YANG MENARIK. SETIAP SABTU 6.15 PTG DAN ULANGANNYA PADA AHAD 2.15 PTG DI TERENGGANUFM; PENULIS SKRIP DOKUMENTARI AGAMA DIPERLUKAN. HANTAR SEGERA PERMOHONAN KPD PENGARAH RTM TERENGGANU; IKUTI PERKEMBANGAN SUKAN TEMPATAN DAN TANAH AIR DALAM "WISEL" SETIAP SELASA PUKUL 9.15 BERSAMA DJ AZRUL DAN RIZAL, MENGUPAS PERKEMBANGAN BOLASEPAK, HOKI, LUMBA BASIKAL DAN BANYAK LAGI

Sunday, January 06, 2008

Jumpa Arsaili di Sri Aman

(Inilah ole-oleh yang diberikan Arsaili)

Pagi Sabtu, 5 Januari 2008, saya menerima sms dari Arsaili yang memberitahu beliau dan keluarganya akan datang ke Sri Aman untuk bercuti. Beliau bertolak dari Kuching dan hampir tengahari baru sampai ke Sri Aman.

Saya mengambil Arsaili dan dua adik perempuannya di Hotel Mega Inn untuk makan tengahari. Tidak sukar untuk mengenali beliau kerana saya sebelum ini sudah melihat 'bayangan' wajahnya dalam blog. Cumanya, mungkin Arsaili melihat abang putra sedikit berbeza kerana agak 'berisi' tidak seperti foto saya sebelum ini. Selepas naik kereta saya, Arsaili bersuara, "Oh patutlah gunakan nama abang putra,''.

Sambil makan, kami banyak bercerita tentang dunia blogger dan sempat juga saya menghubungi Budin memberitahu kedatangan Arsaili ke Sri Aman. Arsaili peramah dan mudah diajak berbual. Tidak kekok berkawan dengannya walaupun baru pertama kali berjumpa. Dan Arsaili merupakan blogger pertama yang saya jumpa. Dalam dunia blogger hanya beberapa orang saja yang saya kenal. Budin, Saie, Nerinaeli--satu pejabat dengan saya di Berita TV dulu. Sebol pula rakan bujangan semasa kami menyewa di Bandar Utama Damansara, dulu.
Saya masih ingat waktu hujung minggu, jika tiada aktiviti, saya dan Sebol bersama beberapa rakan yang lain pergi melihat pondan di Lorong Haji Taib. Sekadar meninjau-ninjau, kata orang. Selepas puas meronda, kami pergi minum dan pulang. Tak sangka pula saya jumpa Sebol kembali dalam blog. Dunia ni kecik, kata orang.

Tidak banyak keistimewaan di Sri Aman. Bandarnya kecil sahaja. Yang popular di sini ialah Benak. Setiap tahun Pesta Benak diadakan bagi menarik pelancong ke sini.

Selepas makan, saya membawa Arsaili meninjau pejabat RTM Sri Aman termasuk kontinya untuk melihat cara DJnya bertugas. Kalau Norz memberikan ole-ole kepada Uncle J dan Budin, demikian juga Arsaili. Beliau turut memberi ole-ole kepada saya yang dibelinya di Australia, sama seperti yang diberikan kepada Kasawari.

Kalau orang dah memberi, rasa tak sedap pula kalau tak membalasnya. Maka saya carikan juga ole-ole yang sesuai untuk beliau. Walaupun tak seberapa, biarlah ia menjadi cenderahati dan kenangan antara rakan-rakan blogger.


(Ini pula yang mampu saya beri)

24 comments:

pat said...

Seronok nye bejumpa rakan blog :) Tentu banyak perkara yang disembangkan :)

Jie said...

uwaaahhh..........dgn eksen sekali Arsaili dan Abgputra berjalan bergandingan ke blog kawan² tayang² derang dah jumpa...cisss...

Semoga persahabatan ini berpanjangan.

nanonano said...

bes kn jumpe rakan2 blog,
stakat ni baru 4org blogger nano jumpe,
:)

knape?? knape pggil abg putra??
gtau laaa...

Abang Putra said...

2 Pat,
Nantilah saya ajak Arsaili jumpa Pat di Kuching pula. Saya belanja makan di restoran Asam Payak!

Abang Putra said...

2 Jie,
Nak buat macam mana. Benda ni dimulakan oleh Uncle J dan Budin. Saya ikut aje. Teringin lah nak jumpa Jie pulak!

Abang Putra said...

2 Nano,
"abang" nama famous bagi lelaki di Sarawak. Putra nama kereta yang saya pakai. Gabung sekali lah.

echah_syed said...

amboiii virus jumpa bloggers dah merebak ni..jelesnyerr combi !!

~ bila nk mai sabah???

mama ranggie said...

mama pon belum sorang yg jpe teman2 blog...

bile lah ade kesempatan ni...

eedany said...

hai abangputra,

1st komen blog abangputra ni. Bestnya dapat jumpa blogger & dapat ole2.

Abang Putra said...

eedany yang baik hati,
Lepas ni boleh komen lagi.

Abang Putra said...

2 mama ranggie,
Jangan bimbang, nanti ada kesempatan boleh jumpa.

Abang Putra said...

Combi, benar virus blogger dah merebak luas. Jangan bimbang kalau abang putra pi Sabah, Combi orang pertama yang saya jumpa. Mesti bawak saya makan ikan bakaq dan seafood!

myfisol said...

salam..singgah dari blog arsaili...best jugak dapat jumpa rakan blogger yea...dapat ole-ole dari downunder lagi tu..

Heartless Devilish said...

wahhh...
i was grown up in sri aman...
so nice la..i ken jumper a blogger that stay in Sri Aman..
tak sangka arrr.....

arsaili said...

salam abg putra, kat ne ni abg putra..dh sampai kuching ker

Anonymous said...

Abang Putra,
Betul ka tengok saja pondan ke Lorong Haji Taib. Tak ada lebih dari itu ke? Hehehe
Kalau datang Kuching kita boleh jumpa. Kita ni "sebumbung"
Bob From Kuching

Abang Putra said...

2 Myfisol,
Ajaklah jumpa Arsaili. Dia mesti bagi hadiah tu! hehehe

Abang Putra said...

2 heartless, asal Sri Aman ke...tak kenal pun. Anyway selamat berkenalan!

Abang Putra said...

Arsaili,
Sorry ari tu tak dapat jumpa. Meeting sampai petang. Tak ada ruang nak celah. Tak apa, ada masa lagi. Lain kali kita makan di Asam Payak.

Abang Putra said...

2 Bob,
Hahahaa, serkap jarang ni. Memang tak ada apa2...

Anonymous said...

saya nak pergi sri aman ni,boleh jumpa ke?
Mungkin hujung bulan atau tengah bulan depan?
Tahun lepas ada pergi Sri Aman waktu Datuk Zam lawat RTM Sri Aman masa tuk Tahun Baru Cina.Tahun ni Datuk Zam tak pegi ke Sri Aman lagi ke?
Bob from Kuching

Abang Putra said...

2 Bob Kuching,
Selamat Datang Bob. Pintu pejabat saya sentiasa terbuka untuk anda!

---> kelat said...

waaaaaa... best nyer... sonok nyer dpt jumpa2 nih... ape citer??? hehehe...

PakTeh said...

salam abg-putra. pernah sampai di sri aman hujung 90-an. masa tu, dlm perjalanan dr bintangor ke kuching; konvoi dgn PakNgah. rasanya ada satu mercu tanda di sriaman yg istimewa :: burung merpati 2 sejoli! masih ada lagi ? :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails