Hari ini saya mendapat dua berita baik. Sebenarnya berita ini saya dah tahu lama dah. Tetapi oleh kerana Utusan Malaysia menyiarkannya maka ia menjadi lebih menarik lagi untuk golongan macam saya (Penerbit Rancangan) dan mereka yang sewaktu dengannya.
Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita mengenai keputusan kerajaan memberikan elaun kritikal kepada kakitangan kerajaan dalam perkhidmatan Penerbit Rancangan. Allhamdulillah, rezeki lagi. Abang Putra dapat 5 peratus dari gaji pokok yang akan mula dibayar mulai Januari 2008.
Satu lagi rezeki baru ialah abang putra akan mendapat tunggakan 9 bulan gaji baru gred B44 kerana sudah lulus PTK Mac lalu. Tunggakan ini dijangka dibayar mulai Januari 2008 juga.
Jadi tahun 2008 ni merupakan tahun rezeki bagi abang putra. Gaji naik 20 peratus, elaun kritikal 5 peratus dan tunggakan gaji 9 bulan B44.
Budin! Mai Sri Aman cepat sebelum duit ni habis.
abg putra -- syukur dikurniakan rezeki. Tapi kalau gaji tak naik kena bersyukur juga!