TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Friday, August 03, 2007

Cuit Sikit


Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah Al-"Asr)

HARI ini hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari Jumaat banyak kelebihannya. Dalam Islam, kita digalakkan memperbanyakkan salawat ke atas Nabi Muhamad, S.A.W. Dan tidak akan berlaku kiamat melainkan pada hari Jumaat.

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin mengajak diri saya dan saudara merenung kembali mengenai perilaku orang kita khususnya semasa hendak menunaikan solat Jumaat. Saya memerhati perkara ini sudah lama, baik di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak. Sikap orang kita sama saja. Tak berubah.

Semasa memasuki masjid, segelintir orang kita, bukan semua, biasanya sudah siap 'menempah' ruang di bahagian belakang atau di sebalik tiang atau di bawah kipas. Jarang benar, saya lihat mereka berebut-rebut untuk duduk di saf depan sedangkan disaf depan itulah lebih banyak ganjaran pahalanya. Lebih teruk lagi, apabila azan dilaungkan, berat benar mereka nak berganjak mengisi ruang-ruang kosong di bahagian depan. Aku tengok engkau. Engkau tengok aku. Masing-masing 'bersopan santun' mempersilakan antara satu sama lain supaya mengisi ruang kosong di bahagian depan. Dan kerana sikap sebeginilah, ada saf yang terputus kerana ada makmum yang enggan berganjak ke depan kerana mungkin sayangkan kipas di atas kepalanya.

Sebelum solat, imam sudah 'berbuih mulut' mengingatkan makmum agar sentiasa merapatkan saf tetapi berapa kerat makmum yang mengikutnya. Mereka lebih suka mengamalkan zon selesa. Perkara begini tidak berlaku kepada masyarakat Mesir. Saya berpeluang solat Jumaat di salah sebuah masjid di Kaherah semasa membuat liputan berita suatu masa dulu. Makmumnya sentiasa mencelah dan mengisi ruang kosong sehinggakan kita merasakan seakan-akan tersepit. Mulanya saya pelik jugak, tetapi apabila mengetahui kesempurnaan solat apabila saf dirapatkan, barulah saya faham.

Jadi, sempena hari Jumaat ini sama-samalah kita saling ingat mengingati dalam perkara-perkara kebaikan. Mudah-mudahan kita diberi keberkatan oleh Allah.

4 comments:

ibrahim yahaya said...

Sdr Nordin,

Saya kena pilih tiang untuk bersandar. Lepas pembedahan ini, doktor mengarahkan supaya sentiasa bersandar dan pastikan tulang belakang lurus. Tidak boleh membongkok, jadi kena cari tiang. Faham-fahamlah kalau saya bersandar. Perrrrggggh.

Suara Perindu said...

Sdr Ibrahim,

Orang sakit oklah, ini orang sihat macam saya kadangkala berebut tiang. hehehehe

PUTRAGABAN said...

Salam Ust. Abg. Putra.
Tak sangka saudara berpotensi jadi ustaz. Saya kagumlah... Tapi saudara Tokrimau kita tu apa pulak halnya. Lain kali suruh dia bawak tiang dari rumah kalau nak bersandar di mesjid. Tapi tak apa... yang penting dia pi sembahyang. Kalau tak pi sembahyang lagi teruk. Orang sakit pergi sembahyang Jumaat lebih banyak pahala....(betul tak)

Suara Perindu said...

duniabudin,

Terima kasih. Saya sekadar mengingatkan sesama islam. Saya pun banyak kekurangan. Syeikh budin dan tokrimau pun mampu menulis kisah-kisah agama. Cuma mungkin saja tak mahu tunjuk belang. Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails