SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; IKUTI TOKOH ISLAM MINGGU INI MENGENAI KISAH BEBERAPA SAHABAT NABI S.A.W YANG MENARIK KISAHNYA UNTUK DITELADANI, DIPAPARKAN DALAM BENTUK DOKUMENTARI RADIO YANG MENARIK. SETIAP SABTU 6.15 PTG DAN ULANGANNYA PADA AHAD 2.15 PTG DI TERENGGANUFM; PENULIS SKRIP DOKUMENTARI AGAMA DIPERLUKAN. HANTAR SEGERA PERMOHONAN KPD PENGARAH RTM TERENGGANU; IKUTI PERKEMBANGAN SUKAN TEMPATAN DAN TANAH AIR DALAM "WISEL" SETIAP SELASA PUKUL 9.15 BERSAMA DJ AZRUL DAN RIZAL, MENGUPAS PERKEMBANGAN BOLASEPAK, HOKI, LUMBA BASIKAL DAN BANYAK LAGI

Thursday, June 14, 2007

Masuk Penjara


Seorang sahabat saya amat terkejut apabila saya memberitahunya bahawa saya masuk penjara hari ini. Dia ingin tahu apa kesalahan saya? Bunuh, rompak, rogol, makan suap? Nanti dulu, kata saya, biarlah saya habis cerita dulu. "Hang bergurau kot," kata dia. Benar, memang saya masuk penjara. Saya tak bohong. Tetapi kata saya padanya, sebelum saya beritahu kenapa saya masuk penjara, saya nak tanya satu soalan. Malu ke masuk penjara? Hina ke masuk penjara? Bukankah penjara itu tempat terbaik untuk kita belajar dan bermuhasabah.

Penjaralah tempat terbaik untuk kita menginsafi diri. Bukankah orang-orang hebat dan terkenal pernah keluar masuk penjara. Pemimpin Afrika, Nelson Mandela pernah merengkok dalam penjara. Nabi Yusofpun pernah masuk penjara kerana difitnah. Dan biasanya apabila keluar penjara mereka jadi manusia yang hebat. Di negara kitapun, ramai pemimpin sama ada pembangkang atau kerajaan masuk penjara kerana ISA atau sebagainya. Penjara sebenarnya mengajar kita erti hidup. Sebab itulah kata penulis terkenal Kassim Ahmad, penjara umpama universiti kedua baginya.

Jadi, kenapa saya masuk penjara? Nanti dulu, saya belum habis cerita lagi. Tunggulah. Penjara juga tidak pernah mengenal orang, baik miskin atau kaya, tua atau muda, berharta atau papa. Kalau tidak, masakan pewaris empayar Hotel terkenal, Paris Hilton pun kena masuk penjara atas kesalahan tidak mematuhi peraturan jalan raya. Jadi kenapa saya masuk penjara? Sabar. Sabar. Saya nak ceritalah ni.

Memang saya masuk penjara Sri Aman pagi ni. Itulah pertama kali dalam hidup, saya masuk penjara. Saya nak jumpa Penguasanya yang baru. Khabarnya, beliau orang Semenanjung. Bos sebelum ni, Encik Faizal (orang Perak) sudah kembali ke Semenanjung. Itulah kisahnya saya masuk penjara! Janganlah marah nanti lekas tua.




7 comments:

salleh fauzi said...

Oh nasib baik mu beri penjelasan, din... mu buat aku bedegup degap jantung ni.

Rupanya mu masuk pejabat bos penjara Sri Aman, bukan masuk penjara kena hukum.

Wassalam

Nordin Sulaiman said...

Leh,

Sejak hang balik Semenanjung, hidupku sunyi. Aku rasa hang kena balik semula Sarawak. Tapi dengan gred 48. Nanti aku pi KL aku cari hang. Kirim salam kat Pok Nik dan rakan2 lain. Wassalam.

najibawang said...

mende gok abang din..dok rok cetong..

najibawang said...

adik mat nong 190km/j..putra kena sium asap jee..

Nordin Sulaiman said...

najibawang,
Putra mana boleh lawan. Horsepower dah upgrade lebih 140 kuasa kuda. Kalau tak percaya nanti kita test power kat jalan dungun. Adik mat nor, jib (waja) dan abang din. Dok soh nyesallah. Cuma di sarawak ni putra dok leh bawak laju. jalan teruk. 60 km sejam je. heheheheh.

saiddi said...

Din,

patut cerita lagi,
bagaimana keadaan penjaranya,
berapa penghuninya. biar terdetik sedikit orang yg nak buat benda tak baik tu

Nordin Sulaiman said...

saidi,

Aku pi penjara tu sat je. Masuk kawasan je. Jumpa bos di luar. Jadi tak tahu macam mana keadaan penghuninya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails