RTM Kelantan
Terima Kasih Kerana Memilih Sarawak FM Sarawakfm:Sehati Sejiwa
 

Friday, May 18, 2012

Baiki Gearbox Auto


Ramai pengguna kereta hari ini menggunakan gear auto khususnya pengguna di bandar- bandar besar yang sering mengalami kesesakan. Gear auto mudah rosak jika tidak diselenggara dengan betul. Jika tidak kena caranya kos membaikinya boleh mencecah ribuan ringgit. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman membaiki gear auto ini dengan pembaca. Ini memudahkan anda yang mempunyai masalah yang sama mengambil tindakan yang serupa supaya kita tidak ditipu oleh pomen yang tidak bertanggungjawab.



Saya pakai Proton Putra 1.8 auto sudah 13 tahun. Baru-baru ni gearnya meragam. Masuk gear 4 dia slip, gear macam free dan enjin mengaum. Tapi bila off Over Drive, ok pula. Tapi gear sampai 3 sahajalah dan bila bawa kereta enjinnya terasa berat dan RPM tinggi. Bila jumpa pomen macam-macamlah dia punya teori. Valve body kotorlah. Kena overhaullah atau beli gear second hand. Harganya dekat 2 ribu. Memang pomen cap ayam. Saya cuba cari sendiri masalahnya. Saya search google dan saya temui jawapannya. Saya kena tukar end clucth sahaja. Jadi saya berbincang dengan pomen yang pandai dan tahu masalah ni. Sekarang gear kereta saya dah ok. Harga end clucth terpakai hanya sekitar RM350 ringggit dan kos baikinya tak sampai RM500 ringgit.

Jadi nasihat saya kat pengguna kereta auto berhati-hatilah hantar kereta ke bengkel kereta untuk membaiki kerosakan. Pastikan pomen tu betul-betul mahir. Pomen cap ayam ada di mana-mana sekarang. Mereka tahu kaut untung sahaja. Satu lagi bagi pengguna kereta auto ni, mereka hendaklah sentiasa menjaga minyak ATF. Tukar setiap 20 ribu km bersama penapisnya.


5 comments:

Nice blog
ditunggu kunjungan balik

Boleg bg tahu bengkel mana awak buat ini?...amad

Ford ranger lg mahal klu servis valvebody. Sy buat kat botak tan specialist gearbox batu belah klang. Memg botak expert.gudang overhoull gearbox..

Terima kasih kepada semua pengulas.

Ada satu bengkel dekat Restoran Bistro di Puncak Jalil pandai baiki gear box ni. TK

Related Posts with Thumbnails