SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; MARI KITA NYATAKAN KECINTAAN KITA KEPADA JUNJUNGAN NABI KITA MUHAMMAD S.A.W DENGAN MEMPERBANYAKKAN SALAWAT KE ATAS BAGINDA.

Wednesday, October 03, 2012

Piala Malaysia -Kelantan dan ATM antara 4 pasukan ke separuh akhir. Saingan bolasepak Piala Malaysia 2012 semakin menarik apabila 4 pasukan akan berentap dalam pusingan separuh akhir minggu ini. Angkatan Tentera Malaysia, ATM dan LionsXII mengiringi Selangor dan Kelantan selepas menyingkirkan lawan masing-masing dalam perlawanan suku akhir kedua malam tadi. Dalam perlawanan separuh akhir pertama pada 5 Oktober, LionsX11 akan berentap dengan ATM di Stadium Jalan Besar, Singapura. Satu lagi perlawanan pada 6 Oktober mempertemukan Kelantan dengan Selangor di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Kedua-dua perlawanan bermula pukul 8.45 minit malam. Pada saingan suku akhir kedua, ATM menyingkirkan Negeri Sembilan dengan agregat 6-3 sementara Kelantan mengenepikan Felda United dengan agregat 4-3. Selangor pula mara selepas menewaskan Johor FC dengan agregat 5-2 sementara LionsXII menang dengan agregat 3-2 ke atas Pahang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails