SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; IKUTI TOKOH ISLAM MINGGU INI MENGENAI KISAH BEBERAPA SAHABAT NABI S.A.W YANG MENARIK KISAHNYA UNTUK DITELADANI, DIPAPARKAN DALAM BENTUK DOKUMENTARI RADIO YANG MENARIK. SETIAP SABTU 6.15 PTG DAN ULANGANNYA PADA AHAD 2.15 PTG DI TERENGGANUFM; PENULIS SKRIP DOKUMENTARI AGAMA DIPERLUKAN. HANTAR SEGERA PERMOHONAN KPD PENGARAH RTM TERENGGANU; IKUTI PERKEMBANGAN SUKAN TEMPATAN DAN TANAH AIR DALAM "WISEL" SETIAP SELASA PUKUL 9.15 BERSAMA DJ AZRUL DAN RIZAL, MENGUPAS PERKEMBANGAN BOLASEPAK, HOKI, LUMBA BASIKAL DAN BANYAK LAGI

Thursday, April 26, 2012

Piala AFC 2012: Penyu belasah Song Lam (Vietnam)




Terengganu memadamkan kritikan peminat berikutan aksi hambarnya sebelum ini dengan menang bergaya ke atas kelab terkemuka dari Vietnam, Song Lam Nghe An, 6-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi. Kemenangan itu melayakkannya ke pusingan kedua, selepas Kelantan.


Anak-anak didik Mat Zan Mat Aris benar-benar mengamuk malam tadi selepas dikecam hebat penyokong tempatan yang tidak berpuas hati dengan prestasi mereka selepas tewas 1-2 kepada Sime Darby pada pusingan pertama separuh akhir Piala FA 2012 di tempat sendiri, minggu lalu. Apakah kemenangan ini bakal menyuntik semangat skuad penyu untuk menjadikan Sime Darby mangsa mereka seterusnya? Soalan ini sukar dijawab. Sime Darby sudah tentu akan bermain bermati-matian untuk mempertahankan kelebihan satu gol mereka dan ini merupakan tugas sukar buat Terengganu. Apapun, peluang tetap ada dan kepada pasukan Terengganu 'selamat berjuang.'

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails