Wireman From Bangla...Baik Punya!

Thursday, November 19, 2009

SAYA tak pasti apakah gambar yang anda lihat sekarang benar-benar berlaku atau ada orang nak buat lawak antarabangsa. Gambar ni kiriman Saudara Khalid Abdullah dari Kuala Terengganu. Katanya, seorang kawannya mengupah seorang pekerja Bangladesh untuk memasang kipas di rumahnya. Hasilnya, inilah yang terjadi!

Nilai Kejujuran

Tuesday, November 17, 2009


SAYA tertarik membaca kisah kejujuran seorang bekas pelajar di Phoenix yang dipaparkan dalam Utusan Malaysia hari ini. Dia dilaporkan memulangkan dua buah buku yang dipinjamnya selama 51 tahun dan menyertakan wang AS 1,000 atau 3 ribu 364 ringgit sebagai dendanya. Dia lewat memulangkan buku itu kerana tidak sengaja membawanya sekali ketika berpindah ke negeri lain.

Sikapnya memang terpuji. Dia boleh memilih untuk tidak membayar satu sen pun kerana kesilapan itu bukan disengajakan. Tetapi dia memilih untuk membayar kerana berasa bertanggungjawab. Apakah kita mempunyai sikap sebegini? Ada segelintir dari kita yang mulut bukan main manis lagi ketika hendak meminjam wang. Tetapi apabila tiba masa nak membayarnya, kita buat-buat lupa. Yang meminjam barang satu hal. Ada yang pinjam misalnya tak reti-reti nak pulangkan. Buat macam harta sendiri. Kita yang bagi pinjam ni segan pula nak minta.

Kata orang akhlak cerminan hati. Kalau akhlak baik, hati pun baik demikianlah sebaliknya. Kita sebagai orang Islam sepatutnya berasa malu dengan sikap pelajar berkenaan yang bukan seorang Islam. Tetapi sikapnya adakalanya lebih baik dari kita. Perghhhh.

Piala Malaysia: Kelantan vs Negeri...Siapa Jaguh?

Friday, October 30, 2009

BAHANG Piala Malaysia sudah hampir tiba ke kemuncaknya. Empat pasukan--Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan, kini berebut dua tempat ke perlawanan akhir. Di atas kertas, Kelantan dan Negeri Sembilan dilihat berpeluang mara ke perlawanan akhir berdasarkan kelebihan ke atas lawan di pusingan pertama. Namun, dalam bolasepak semua boleh berlaku. Tidak mustahil akan berlaku kejutan. Jadi, esok akan menjadi penentu pasukan mana akan bertempur di perlawanan akhir.

Saya tidaklah begitu berminat dengan bola tempatan ni kerana permainannya masih ditakuk lama. Lainlah ketika era Mokhtar Dahari dulu. Kita ada kelas tersendiri. Korea dan Jepun menikus dengan kita. Tapi kini, usahkan Korea, Singapura dan Indonesia belum tentu kita menang. Stail permainan kita pun masih bertaraf estet. Perghhh.

Tapi tak apalah, sekadar berseronok kata orang, mari kita ramalkan pasukan mana yang akan ke pertandingan akhir dan siapa juara. Saya ramal Kelantan dan Negeri Sembilan dan juaranya Kelantan.

abg putra - kecewa Terengganu gagal ke akhir. Komang Spana Dok Ghok Chetong...Hehehe...