TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.
Showing posts with label zakar. Show all posts
Showing posts with label zakar. Show all posts

Friday, August 07, 2009

Pembesar Zakar Bersalut Emas

KATA orang kalau dah kaya, macam-macam boleh buat. Pagi sarapan Laksa Sarawak di Kuching, petang pekena nasi beriani di Subang Jaya. Malam pula pekena pasembur di Padang Kota, Pulau Pinang. Enaknya jadi orang kaya. Minggu ni bercuti di Gold Coast, Australia, minggu depan Los Angeles, minggu berikutnya menyaksikan tarian gelek di atas kapal mewah menyusuri Sungai Nil. Hebat jadi orang kaya.

Ini pun cerita orang kaya. Orang kaya Arab Saudi. Tapi perangainya aneh sikit. Dia tak kisah dah dengan hobi yang selalunya dilakukan oleh orang kaya dan ternama di dunia ini. Makan lazat-lazat. Pakai kereta mewah. Makan angin seantero dunia. Itu semua dia tak main dah. Dia kini minat perkara lain pulak. Ahli perniagaan Arab Saudi ini dilaporkan sudah menempah alat pembesar zakar paling mahal di dunia bernilai 50 ribu dollar Amerika, lebih kurang 175 ribu ringgit duit kita. Mak Datuk! Kenapa mahal sangat? Apa tidaknya, alat pembesar zakar itu bersalut emas dan permata. Macam-macamlah manusia ni.

Apa nak kata. Duit dia. Dia punya sukalah apa nak buat. Ya tak? Tapi kalau sayalah, saya tak beli alat membesar anu tu. Saya gunakan duit untuk membesarkan juga. Tapi membesarkan rumah anak-anak yatim dan orang-orang miskin. Membesarkan sekolah, membesarkan masjid, surau. Membesarkan jalanraya dan kemudahan awam yang lain.
Jangan nak perabih duit nak besarkan zakar. Membazir aje. Kalau nak juga saya boleh bagi petua. Percuma saja. Ambil lebah letak dekat anu tu. Sekejap aje besar. Jimat belanja...Dah hendak besar sangat!
Abg Putra - Boleh cuba. Dijamin besar, teguh, peramah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails