SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; IKUTI TOKOH ISLAM MINGGU INI MENGENAI KISAH BEBERAPA SAHABAT NABI S.A.W YANG MENARIK KISAHNYA UNTUK DITELADANI, DIPAPARKAN DALAM BENTUK DOKUMENTARI RADIO YANG MENARIK. SETIAP SABTU 6.15 PTG DAN ULANGANNYA PADA AHAD 2.15 PTG DI TERENGGANUFM; PENULIS SKRIP DOKUMENTARI AGAMA DIPERLUKAN. HANTAR SEGERA PERMOHONAN KPD PENGARAH RTM TERENGGANU; IKUTI PERKEMBANGAN SUKAN TEMPATAN DAN TANAH AIR DALAM "WISEL" SETIAP SELASA PUKUL 9.15 BERSAMA DJ AZRUL DAN RIZAL, MENGUPAS PERKEMBANGAN BOLASEPAK, HOKI, LUMBA BASIKAL DAN BANYAK LAGI

Friday, August 07, 2009

Pembesar Zakar Bersalut Emas

KATA orang kalau dah kaya, macam-macam boleh buat. Pagi sarapan Laksa Sarawak di Kuching, petang pekena nasi beriani di Subang Jaya. Malam pula pekena pasembur di Padang Kota, Pulau Pinang. Enaknya jadi orang kaya. Minggu ni bercuti di Gold Coast, Australia, minggu depan Los Angeles, minggu berikutnya menyaksikan tarian gelek di atas kapal mewah menyusuri Sungai Nil. Hebat jadi orang kaya.

Ini pun cerita orang kaya. Orang kaya Arab Saudi. Tapi perangainya aneh sikit. Dia tak kisah dah dengan hobi yang selalunya dilakukan oleh orang kaya dan ternama di dunia ini. Makan lazat-lazat. Pakai kereta mewah. Makan angin seantero dunia. Itu semua dia tak main dah. Dia kini minat perkara lain pulak. Ahli perniagaan Arab Saudi ini dilaporkan sudah menempah alat pembesar zakar paling mahal di dunia bernilai 50 ribu dollar Amerika, lebih kurang 175 ribu ringgit duit kita. Mak Datuk! Kenapa mahal sangat? Apa tidaknya, alat pembesar zakar itu bersalut emas dan permata. Macam-macamlah manusia ni.

Apa nak kata. Duit dia. Dia punya sukalah apa nak buat. Ya tak? Tapi kalau sayalah, saya tak beli alat membesar anu tu. Saya gunakan duit untuk membesarkan juga. Tapi membesarkan rumah anak-anak yatim dan orang-orang miskin. Membesarkan sekolah, membesarkan masjid, surau. Membesarkan jalanraya dan kemudahan awam yang lain.
Jangan nak perabih duit nak besarkan zakar. Membazir aje. Kalau nak juga saya boleh bagi petua. Percuma saja. Ambil lebah letak dekat anu tu. Sekejap aje besar. Jimat belanja...Dah hendak besar sangat!
Abg Putra - Boleh cuba. Dijamin besar, teguh, peramah.

13 comments:

Real Woman said...

hah apa kata duit tu guna utk besarkan parking kat angkasapuri ni! Pahala pun dpt. Eheheh

TokNabe said...

Pkai semut api pun boleh agaknya.Lagi tak ada risiko nak tangkap lebah. :D

mama atiq said...

ish, abg putra ni macam2 cerita...apa-apa pun mama doakan abg putra dimurahkan rezki dan mana taw satu hari jd kaya supaya niat murni tu terlaksana...cam mama ni bila nak kaya ntah .. kaya makan ngan roti tu ajala sampai tua...

echah_syed said...

besar,teguh,peramah...! hehe :p

mmg lawak ler abg putra nih :D

satu lagi nak kasi beso..bole suruh semut api ketet ekeke :p

ade berani..?? ^_^

Abang Putra said...

RealWoman, saya sokong. Sebab masalah parking di Angkasapuri begitu meruncing.

Abang Putra said...

Toknabe,
Ya tak ya jugak. Dulu masa kecik pernah kena gigit kat situ. Bukan besar tapi bengkak. Hehehe.

Abang Putra said...

Combi, orang tranung panggil semut ketum. Kejap je boleh "besar". heheheh

Abang Putra said...

mama atiq, biar tak kaya harta tapi kaya budi bahasa.

Kujie said...

Tapi mungkin ada juga bahagia dari kekayaan tu disedekah, untuk kerja amal yg kita tatau....

besar kecik tu nak banding dengan apa , abang putra?

Abang Putra said...

Benar. Mungkin dah banyak dah sedekah. Tapi masih ada lebih lagi. Jadi beli alat tulah!

Abang Putra said...

Kujie, lupa lak nak jawab soalan kedua. banding dengan apa? Tanya abang kat rumah, dia tahu jawapannya tu. hehehe

edan coba said...

saya da cukup sempurna..
he3x..

Bila pikir2 kn baliq owg2 arab ni gila2 cikit kn?

Abang Putra said...

edan, boleh upgrade lagi tu. hehehe. minyak lintah ada.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails