TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.
Showing posts with label puasa di sri aman. Show all posts
Showing posts with label puasa di sri aman. Show all posts

Thursday, September 04, 2008

Puasa di Sri Aman

Bazar Ramadan berhampiran Sungai Batang Lupar

APABILA datang bulan puasa, saya sering terkenangkan Kuala Lumpur, tempat saya mula-mula mencari rezeki selepas tamat belajar. Di Kuala Lumpur, kita tidak perlu perhabis duit membeli juadah berbuka puasa khususnya bagi mereka yang masih bujang. Pergilah ke mana-mana masjid, khususnya masjid di kawasan golongan kaya, hidangan berbuka puasa sudah siap menanti.

Ketika zaman bujang dulu, saya tinggal bersama Sebol di Bandar Utama Damansara. Masjid yang selalu saya kunjungi untuk berbuka puasa ialah masjid Taman Tun. Menariknya, masjid ini menghidangkan makanan yang enak-enak--selalunya nasi briyani--dan sentiasa penuh dikunjungi masyarakat sekitar dan golongan musafir. Lima belas minit sebelum berbuka, diadakan majlis tahlil dan doa.

Bulan puasa ni, tengok apam balik pun terliur!

Pada sebelah malam lagi hebat dengan hidangan moreh sebanyak dua kali. Kali pertama untuk mereka yang mengerjakan Tarawih dengan 11 rakaat sementara kali kedua untuk yang mengerjakan 23 rakaat. Hidangannya tak usah ceritalah, masjid orang kayalah katakan.Tengok kuih semua mahu. Lepas pekena nasi, kuih tak sentuh pun!

Itu kisah berbuka puasa. Belum lagi cerita pasal bazar Ramadannya. Tetapi di Sri Aman ini, suasananya berlainan sekali. Bazar Ramadannya tidaklah sehebat Kuala Lumpur tetapi kuih muih dan lauk pauk tidak kurang juga enaknya.

Di sebelah malam, kami--rakan-rakan dari Semenanjung--bersolat Tarawih di SK Agama yang diimamkan oleh ustaz-ustaz dari Kelantan dan Terengganu.

Sudah dua tahun saya menetap di bumi Kenyalang ini. Walaupun tinggal di ibu kota lebih seronok tetapi bumi Bujang Senang ini tetap mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

abg putra - Jie, menu istimewa di sini bubur pedas, macam bubur lambuk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails