SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; IKUTI TOKOH ISLAM MINGGU INI MENGENAI KISAH BEBERAPA SAHABAT NABI S.A.W YANG MENARIK KISAHNYA UNTUK DITELADANI, DIPAPARKAN DALAM BENTUK DOKUMENTARI RADIO YANG MENARIK. SETIAP SABTU 6.15 PTG DAN ULANGANNYA PADA AHAD 2.15 PTG DI TERENGGANUFM; PENULIS SKRIP DOKUMENTARI AGAMA DIPERLUKAN. HANTAR SEGERA PERMOHONAN KPD PENGARAH RTM TERENGGANU; IKUTI PERKEMBANGAN SUKAN TEMPATAN DAN TANAH AIR DALAM "WISEL" SETIAP SELASA PUKUL 9.15 BERSAMA DJ AZRUL DAN RIZAL, MENGUPAS PERKEMBANGAN BOLASEPAK, HOKI, LUMBA BASIKAL DAN BANYAK LAGI

Thursday, September 04, 2008

Puasa di Sri Aman

Bazar Ramadan berhampiran Sungai Batang Lupar

APABILA datang bulan puasa, saya sering terkenangkan Kuala Lumpur, tempat saya mula-mula mencari rezeki selepas tamat belajar. Di Kuala Lumpur, kita tidak perlu perhabis duit membeli juadah berbuka puasa khususnya bagi mereka yang masih bujang. Pergilah ke mana-mana masjid, khususnya masjid di kawasan golongan kaya, hidangan berbuka puasa sudah siap menanti.

Ketika zaman bujang dulu, saya tinggal bersama Sebol di Bandar Utama Damansara. Masjid yang selalu saya kunjungi untuk berbuka puasa ialah masjid Taman Tun. Menariknya, masjid ini menghidangkan makanan yang enak-enak--selalunya nasi briyani--dan sentiasa penuh dikunjungi masyarakat sekitar dan golongan musafir. Lima belas minit sebelum berbuka, diadakan majlis tahlil dan doa.

Bulan puasa ni, tengok apam balik pun terliur!

Pada sebelah malam lagi hebat dengan hidangan moreh sebanyak dua kali. Kali pertama untuk mereka yang mengerjakan Tarawih dengan 11 rakaat sementara kali kedua untuk yang mengerjakan 23 rakaat. Hidangannya tak usah ceritalah, masjid orang kayalah katakan.Tengok kuih semua mahu. Lepas pekena nasi, kuih tak sentuh pun!

Itu kisah berbuka puasa. Belum lagi cerita pasal bazar Ramadannya. Tetapi di Sri Aman ini, suasananya berlainan sekali. Bazar Ramadannya tidaklah sehebat Kuala Lumpur tetapi kuih muih dan lauk pauk tidak kurang juga enaknya.

Di sebelah malam, kami--rakan-rakan dari Semenanjung--bersolat Tarawih di SK Agama yang diimamkan oleh ustaz-ustaz dari Kelantan dan Terengganu.

Sudah dua tahun saya menetap di bumi Kenyalang ini. Walaupun tinggal di ibu kota lebih seronok tetapi bumi Bujang Senang ini tetap mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

abg putra - Jie, menu istimewa di sini bubur pedas, macam bubur lambuk.

7 comments:

Kujie said...

Salam abgputra...

wahhh..hebat skrg ni..saya suka dgn semangat abgputra...yang rajin bertanya dan belajar...

apa agaknya makanan tempatan yang special kat sana..sharelah dgn kita org ..

Abang Putra said...

Jie,

Sebenarnya, Jie yang memberi kekuatan kepada saya untuk terus belajar. Hasilnya, saya dah pandai tukar template. Tutorial yang Jie buat tu amat berguna.

Makanan istimewa di sini ialah bubur pedas macam bubur lambuk di Sarawak.

divahantu said...

aku sebenarnya hantu apam balik tapi dah lama tak ada kesempatan beli. bila tengok apam balik dalam blog hang, meleleh air liur aku... sedih tau...

Abang Putra said...

Divahantu,
Hahaha, mana ada hantu makan apam balik. Balik Apam adalah. Tak tahulah hantu zaman moden ni. Serba pelik dan ganjil.

Kujie said...

ada org tu teringin apam balik..kt pasar mlm tu skrg ni ade yg siap berpulut hitam..hehehe..tp sy tak suka jagung dlm apam balik

divahantu said...

diva tak suka pulut hitam. tapi jagung manis tu memang sedap... tolong Jie... belikan untuk Diva.

misz_A said...

best la blog ni...salam lebarannn....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails