
SAYA ditanya oleh seorang blogger di mana saya cari idea untuk membuat posting? Jawab saya, kebanyakan bahan posting, saya terima dari e-mail. Saya pilih mana-mana yang sesuai. Ada juga bahannya dari akhbar yang saya olah kembali agar kelihatan menarik.
Posting saya kali ini juga dari e-mail. Menurut e-mail tersebut, wanita yang memakai coli lebih dari 12 jam berisiko tinggi mendapat kanser buah dada. Pulak dah. Entah betul, entah tidak. Kononnya saintis dari Amerika Syarikat yang membuat kajian tersebut, menasihatkan wanita agar tidak memakai coli ketika tidur. Pening saya memikirkan kesahihan e-mail ini. Apa kaitan coli dengan penyakit kanser? Mungkin "benda" tu perlu bernafas juga agaknya. Mungkin juga ia memerlukan pengudaraan yang baik. Atau bahan untuk membuat coli tu mengandungi kimia berbahaya yang boleh mengakibatkan kanser. Hai, entahlah. Saya tak ada jawapannya. Mungkin anda tahu. Berkongsilah dengan saya dan pembaca lain.