TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.
Showing posts with label buah dada. Show all posts
Showing posts with label buah dada. Show all posts

Saturday, June 06, 2009

Jangan Pandai-pandai Ubah


ADA segelintir manusia tidak pernah puas dengan apa yang pada mereka. Sebab itu mereka suka mengubahnya. Yang hidung kurang mancung diubah suai dengan harapan menjadi macam hidung Shah Rukh Khan. Yang wajah berkulit gelap dicari kosmetik untuk memutihkannya. Ada juga yang punya payu dara kecil diubah suai jadi besar. Tapi mereka tak pernah fikir kejadian manusia tu dah elok. Bila diubah tak ngamlah dengan saiz badan.

Inilah yang terjadi kepada pelakon terkenal Hollywood, Denise Richards. Dia menyesal dan serik membuat pembedahan membesarkan buah dadanya. Kenapa? Kerana dia terpaksa membuat tiga kali pembedahan untuk mengembalikan payu daranya ke saiz asal. Kali pertama saiznya tidak sepadan dengan badan. Pulak dah! Kan saya dah kata jangan pandai ubah-ubah.

Dalam masyarakat kita, memang ada segelintir wanita yang berfikiran, buah dada besar boleh memikat suami dan mengelak dia cari lain. MasyaAllah. Kalau suami nak kahwin lain, buah dada besar kelapa pun dia kahwin. Ada satu lagi golongan tu buat pembedahan tukar jantina. Yang laki tukar jadi perempuan. Oklah. Siap. Lepas dua tiga bulan, ubah fikiran nak jadi lelaki balik. Mana boleh. Nak pasang macam mana lagi. Dah buang...


SmileyCentral.com abg putra -cukur jambang terkecuali kot

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails