SETIAP kali menjelang Syawal, saya sering teringat keseronokan pada zaman kanak-kanak dahulu. Pada era 70an dulu, suasana menjelang Raya cukup meriah, khususnya pada sebelah malam. Masing-masing ada kreativiti sendiri. Buat pelita buluh, tanglung dan "kereta tolak" menggunakan tin susu.
Mungkin ramai yang masih belum tahu bagaimana rupanya kereta tolak ini. Ia dibuat daripada kayu sementara tin susu digunakan sebagai roda. Dan untuk menjadikannya lebih menarik dibuat satu "lampu" untuk menerangi malam yang gelap. Caranya diletakkan satu tin susu pada pemegang kayu dan bahan bakarnya adalah selipar getah lama. Apabila dibakar getah selipar tu maka apinya menerangi malam dan "kenderaan" ditolak perlahan-lahan. Yang peritnya apabila getah selipar mula cair dan jatuh atas tanah lalu terpijak dengan kaki ayam.
Biasanya pada hari raya pertama, kanak-kanak sudah mula "berjudi." Mereka bermain "tikam" yang penjualnya biasanya lebih dewasa. Bentuk tikam itu ialah sekeping kertas yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian atas mengandungi hadiah serta nombor-nombor yang ditikam. Bahagian bawah pula adalah nombor-nombor tikam.
Kadangkala hadiah berupa mercun dan bunga api dan ada juga duit yang diberikan simbol sahaja seperti seringgit, 50 sen atau 20 sen. Mereka yang ingin menikam dikenakan bayaran 10 sen untuk sekali tikam. Bayangkan jika empat kali tikam dan 40 sen melayang--duit hasil beraya di rumah orang. Yang untungnya si penjual tikam. Modal membeli kertas tikam cuma 4 atau 5 ringgit sahaja tetapi pulangannya hampir 10 ringgit.
Bijak juga budak-budak zaman dahulu berjudi.