TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Monday, September 14, 2009

Raya Datang Lagi


SETIAP kali menjelang Syawal, saya sering teringat keseronokan pada zaman kanak-kanak dahulu. Pada era 70an dulu, suasana menjelang Raya cukup meriah, khususnya pada sebelah malam. Masing-masing ada kreativiti sendiri. Buat pelita buluh, tanglung dan "kereta tolak" menggunakan tin susu.

Mungkin ramai yang masih belum tahu bagaimana rupanya kereta tolak ini. Ia dibuat daripada kayu sementara tin susu digunakan sebagai roda. Dan untuk menjadikannya lebih menarik dibuat satu "lampu" untuk menerangi malam yang gelap. Caranya diletakkan satu tin susu pada pemegang kayu dan bahan bakarnya adalah selipar getah lama. Apabila dibakar getah selipar tu maka apinya menerangi malam dan "kenderaan" ditolak perlahan-lahan. Yang peritnya apabila getah selipar mula cair dan jatuh atas tanah lalu terpijak dengan kaki ayam.

Biasanya pada hari raya pertama, kanak-kanak sudah mula "berjudi." Mereka bermain "tikam" yang penjualnya biasanya lebih dewasa. Bentuk tikam itu ialah sekeping kertas yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian atas mengandungi hadiah serta nombor-nombor yang ditikam. Bahagian bawah pula adalah nombor-nombor tikam.
Kadangkala hadiah berupa mercun dan bunga api dan ada juga duit yang diberikan simbol sahaja seperti seringgit, 50 sen atau 20 sen. Mereka yang ingin menikam dikenakan bayaran 10 sen untuk sekali tikam. Bayangkan jika empat kali tikam dan 40 sen melayang--duit hasil beraya di rumah orang. Yang untungnya si penjual tikam. Modal membeli kertas tikam cuma 4 atau 5 ringgit sahaja tetapi pulangannya hampir 10 ringgit.

Bijak juga budak-budak zaman dahulu berjudi.

Kad raya kreatf dari Tok Abah

abg putra - Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf, Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan blogger, pengunjung dan follower.

21 comments:

kuina said...

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

**Tiada kesalahan yang sengaja dilakukan dan tiada kesalahan yang tak dapat di maafkan.

Suara Perindu said...

kuina, saya pun sama juga. Selamat Hari Raya untuk Kuina sekeluarga.

Real Woman said...

hahaha...memang zaman muda mudi dulu bila habis round satu kampung 'beraya'..tempat akhir yg dituju..kedai pakmat tikam. Satu kali tikam 10 sen. kadang habis sampai seringgit, yg dapatnya keropok harga 10sen! Tapi seronok tak kira time tu sebab dpt hadiah! cheh! habis duit raya kat situ je! tapi pengalaman mematangkan kita...tak gitu AP! So diucapkan Selamat Hari Raya kepada AP sekeluarga ye! Maaflah jika sepanjang berblogging dan memberi komen ni ada terkasar bahasa...ya ampun ya! ;)

ryann said...

selamat hari raya bang. mohon maaf untuk segalanya

TokNabe said...

Kata Al-Ghazali :

yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN

”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

echah_syed said...

salam syawal abg putra.. :)

dulu beli tikam2..tapi skrg jgn beli TOTO ye :p

Kujie said...

Andai jari tak dapat bersentuh,
tangan tak dapat bersalam,
hendaknya batin kita tetap bertaut,
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf lahir dan batin

Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H untuk AbangPutra & keluarga – Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan saya yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…

Kasawari said...

Ucapan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi di Ramadhan yang akan datang.. Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin dari Kami sekeluarga..

BelalangDewa said...

terlalu banyak ingatannhang masa kecik sampaikan kat akupun hang tak ingat..... nampak hang masuk blog aku tapi tak de tinggal pesan apapun...

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

salam aidilfitri. maaf zahir & batin... =)

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

salam aidilfitri. maaf zahir & batin... =)

zai said...

Salam Abang Putra..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari Kak Zai sekuarga..

Suara Perindu said...

Real Woman,nasib baik zaman sekarang tak ada lagi judi tikam tu. Kalau ada habis duit raya budak-budak.

Suara Perindu said...

ryann, selamat hari raya juga untuk ryann. Sakan tengok orang bilik berita beraya dalam TV tahun ni. Tapi muka BD tak ada.

Suara Perindu said...

TokNabe, hebat kata-kata anda. Penuh dengan falsafah. Fikir-fikirkanlah.

Suara Perindu said...

Kujie, saya juga begitu. Andai ada salah dan silap mohon maafkan.

Suara Perindu said...

kasawari...selamat hari raya juga untuk anda. Amacam raya di Johor...meriah ke?

Suara Perindu said...

BD bukan aku tak mahu tinggal pesan tetapi aku tengok peminat hang ramai sangat...tetapi ingatan tetap ada.

Suara Perindu said...

Putra al-maliki, selamat hari rfaya juga untuk anda. Amacam raya tahun ni, seronok?

Suara Perindu said...

Combi, hahaha...itulah didikan masa kecil. Bahananya sampai ke dewasa.

Suara Perindu said...

Zai, selamat hari raya juga untuk zai dan keluarga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails