TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.
Showing posts with label Puaka Bukit Bengunan. Show all posts
Showing posts with label Puaka Bukit Bengunan. Show all posts

Wednesday, May 05, 2010

Puaka Bukit Bengunan



Benarkah Bukit Bengunan, laluan dari Kuching ke Sri Aman berpuaka? Laluan berbukit umpama Karak di semenanjung itu sering berlaku kemalangan jalanraya akibat banyak kenderaan terbabas. Laluan itu dikatakan "keras" oleh masyarakat tempatan. Benarkah? Atau ada sebab-sebab lain. Ikuti kisah menarik seterusnya.



Sukar untuk mempercayai dakwaan itu benar atau sebaliknya. Tetapi menurut beberapa pengguna jalanraya yang sering menggunakan laluan berbukit tinggi ini, kemalangan sering berlaku terutamanya ketika hujan. Ada yang mendakwa, pihak-pihak tertentu sengaja menumpahkan minyak di jalan raya supaya berlaku kemalangan dan ini diambil kesempatan oleh trak-trak tunda. Entahlah, tetapi saya menasihatkan anda yang menggunakan laluan ini agar berhati-hati dan sentiasa berwaspada.

abg putra - ulasan dalam loghat Tranung dan Kelate. Hehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails