Wednesday, April 04, 2012
Berbini Muda: Ayah Pin diserang strok
Membaca kisah Ayah Pin terkena strok, mengingatkan saya kembali kepada bekas pemimpin "Kerajaan Langit" ini, yang pernah saya temui ketika berkhidmat di RTM Terengganu, beberapa tahun lalu. Ketika itu saya bersama wartawan Khalid Abdulah yang menggunakan nama glamournya Pena Klasik, bersama Jurukamera, Aziz Che Man dan pembantunya, Jefri bersama-sama atas satu tugas khas untuk menemuramah pemimpin terbabit. Kami menganggap tugas ini sesuatu yang mencabar kerana isu Ayah Pin ketika itu amat panas dan menjadi buah mulut penduduk sekitar Terengganu. Apatah lagi perkampungan Ayah Pin di Hulu Besut, Terengganu dikawal ketat oleh para pengikut setianya yang sanggup berbuat apa sahaja. Namun dengan kerjasama polis dan penduduk kampung, kami akhirnya berjaya menemuramah pemimpin berkenaan. Ada satu cerita menarik ketika kami sampai di pintu masuk markas Ayah Pin. Para pengikutnya memberitahu Ayah Pin tiada di situ kerana ada urusan di Tumpat, Kelantan. Kami percaya kerana memang tidak kelihatan kelibat Ayah Pin di situ tetapi sebaik sahaja kami melangkah untuk meninggalkan tempat berkenaan tiba-tiba Ayah Pin muncul. Saya agak terkejut dan jenuh memikirkan dari mana dia muncul. Apakah dia mempunyai ilmu ghaib. Rakan-rakan saya pun berfikir kemudian. Sebelum ini ramai yang mendakwa Ayah Pin menggunakan Jin untuk mendapatkan kelebihan menarik sokongan orang ramai terhadapnya. Ramai yang tidak tahu kisah sebelum markasnya berjaya dirobohkan. Laporan mengatakan usaha merobohkan markas itu menghadapi masalah kerana gangguan Jin-jin Ayah Pin. Pihak berkuasa dikatakan meminta bantuan seorang ustaz untuk menghalau Jin-jin berkenaan dan selepas Jin-jin itu diusir barulah markas tersebut berjaya dirobohkan. Kisah Ayah Pin yang terkena strok selepas berbini muda, kini segar kembali. Yang menjadi persoalan sekarang ialah ramai cerdik pandai kita yang tertipu dengan Ayah Pin yang tidak tahu pun membaca tetapi merapu. Dok Ghok Chetong, kata orang Terengganu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment