TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG AWANG GONENG. BLOG INI MENGANDUNGI PAPARAN AKTIVITI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SEMASA BERTUGAS DI PELBAGAI NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA. MUNGKIN ADA KISAH-KISAH YANG SAYA PAPARKAN DI SINI BERGUNA UNTUK RUJUKAN TUAN PUAN. SELAMAT MEMBACA, MENONTON GAMBAR DAN KLIP VIDEO YANG ADA DAN TINGGALKAN KOMEN DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERIMA KASIH.

Tuesday, October 19, 2010

Kelantanfm terus kekal stesen rating tertinggi negeri

Pengarah, Timbalan dan anak-anak buah sama-sama berdikir raya


KELANTANfm terus kekal sebagai stesen negeri yang mempunyai bilangan pendengar paling ramai. Menurut laporan A.C Nielsen terbaru, Kelantanfm mencatatkan tambahan bilangan pendengar sebanyak 105 ribu orang berbanding kajian sebelum ini. Stesen itu mencatatkan bilangan pendengar sebanyak 863 ribu orang berbanding 758 ribu pendengar sebelum ini, iaitu kenaikan 5 peratus. Rancangan AKOK (Apa Khabar Orang Kampung) terus menjadi rancangan paling diminati dan boleh didengar sehingga selatan Thai dan Utara Besut. Kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pendengar Kelantanfm yang berada di mana saja yang terus menyokong stesen radio ini.



1 comment:

ryann said...

tahniah. hari tu tengok visual, rancak abang berdikir barat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails