SELAMAT DATANG KE BLOG SUARA PERINDU; MARI KITA NYATAKAN KECINTAAN KITA KEPADA JUNJUNGAN NABI KITA MUHAMMAD S.A.W DENGAN MEMPERBANYAKKAN SALAWAT KE ATAS BAGINDA.

Monday, January 17, 2011

Cakna Rakyat popularkan Kelantanfm

Pengarah RTM turut serta membantu mangsa banjir


Bergambar kenangan selepas selesai gotong royong

RTM Kelantan memulakan kalendar 2011 dengan mengadakan dua program kemasyarakatan bagi memperatkan hubungan antara orang ramai dengan kakitangan stesen radio negeri nombor satu itu. Program Cakna Rakyat itu melibatkan kakitangan Kelantanfm bersama ahli Kelab Sahabat 4x4 dan Dirt Bike serta beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Pasukan Bomba dan Penyelamat, Tentera dan Pasukan Pertahanan Awam.


Program pertama ialah mengedarkan sebanyak 50 bungkusan barangan keperluan dapur kepada mangsa-mangsa banjir di mukim Simpangan, Bendang Pok Yong dan Kubang Sawa. Sebanyak lapan buah bot yang disediakan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Pangkalan Kubor, Tumpat dan Rejimen Askar melayu Diraja digunakan bagi mengangkut seramai 80 petugas bagi mengedarkan bungkusan berkenaan. Mereka terdiri daripada kakitangan RTM, ahli Kelab Sahabat, rakan-rakan media seperti Sinar Harian, TV9 dan Bernama serta anggota Bomba dan Penyelamat.

Program kedua pula melibatkan gotong royong di Sekolah Menengah Kebangsaan Simantan bagi membersihkan kawasan sekolah yang ditenggelami air akibat banjir.

Program tersebut merapatkan lagi hubungan antara RTM dengan agensi terlibat dan penduduk kampung berkenaan serta menaikkan lagi imej RTM di mata masyarakat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails